14 Ogos nanti, pemilik PS4, Xbox One dan PC akan dapat episod pertama The Walking Dead: The Telltale Series – The Final Season, sepertimana yang Telltale Games dah kasitau. Untuk Switch pulak hujung tahun kot.
Korang nak pre-order boleh skang, dengan harga USD$19.99. Sape pre-order nanti dapat access untuk 4 episod untuk musim ini bilamana ianya boleh di download. Antara bonus pre-order lain:
- PS4 dengan Xbox One terus dapat access untuk The Walking Dead: The Telltale Series Collection yang mengandungi 19 episod
- PC (melalui Steam, GOG, GamersFate atau the Humble Store) akan dapat diskaun 10%, dan kalau guna Windows 10 pre-order ikut Microsoft Store akan dapat The Walking Dead: A Telltale Games Series musim 1
Overview musim terakhir ni mengikut Telltale Games:
Watak utama Clementine kini dalam peringkat terakhir pengembaraannya. Dia menemui sebuah bangunan sekolah terpencil yang berpotensi menjadi tempat tinggalnya, tetapi mempertahankannya akan memerlukan pengorbanan. Dia harus mengubah hidupnya dan menjadi ketua yang lebih baik sambil menjaga AJ, seorang anak yatim yang telah menjadi ahli keluarganya. Dalam musim akhir ini, korang akan menentukan hala tuju relationship Clem, lawan undead and tentukan penamat cerita ni.
Antara feature game ni:
- Jalan cerita yang dramatik dan penuh emosi. Buat pilihan dan lihat hasilnya sambil diperhati dan dipelajari oleh AJ.
- Sistem kamera over the shoulder yang kasi korang lebih kebebasan nak explore environment dan kasi feel camne hidup kat dunia penuh dengan zombie.
- Gaya animasi dan grafik Black Art, dan support resolution 4K. Aku tengok teringat game dulu, XIII
- Suara latar & Subtitle French, German, Latin-American Spanish, dan Brazilian Portuguese. Ada gak subtitle untuk Italian, Russian dan traditional & simplified Chinese.
Tengokla debut trailer dia:
@gamersantaimy
Discussion about this post