Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Huawei Y9 Prime 2019 – Peranti pertama dengan kamera pop-up oleh Huawei!

Mekanisme kamera yang menarik dan baru tetapi pada harga yang mampu milik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2019
in Android, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Huawei Y9 Prime 2019 – Peranti pertama dengan kamera pop-up oleh Huawei!
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan salah satu peranti terbarunya, Y9 Prime 2019. Ia dilengkapi dengan reka bentuk yang menarik, paparan yang besar, dan mekanisme kamera dengan yang boleh pop-up dengan bergaya. Mari kita usya sikit apa lagi yang menarik pasal Y9 Prime 2019!

Reka Bentuk Klasik serta Full-Screen Display

Huawei Y9 Prime 2019 telah berjaya menarik saya pada pandangan pertama dengan paparan Full-Screen Display dan hanya boleh jadi kerana kamera pop-up-nya. Selain itu, bezel yang nipis menghiasi sisi dan bahagian atas Y9 Prime. Smartphone ini menggunakan two-tone colorway dan unit yang diberi kepada kami adalah dalam warna Emerald Green. Walaupun bahagian belakangnya diperbuat daripada plastik, ia memberikan rupa dan perasaan seperti kaca pada sentuhan pertama. Bahan polikarbonat juga membuatkan Y9 Prime 2019 berasa lebih kukuh dan kelihatan lebih premium.

Paparan Penuh Warna-Warni

Y9 Prime 2019 dilengkapi dengan 6.59-inch FHD+ LTPS LCD, dengan resolusi 2340 x 1080. Memang sebuah peranti yang baik untuk menonton video atau bermain permainan video lah saya boleh kata kerana warna-warna di dalam skrin benar-benar timbul dan kelihatan vibrant. Kecerahannya juga luar biasa dan ia hanya menjadi malap apabila perlu. Korang pasti akan dapat pengalaman menonton yang selesa kerana full-screen display tidak ada bezel tebal atau notch untuk menghalang pandangan serta sudut tontonan yang hebat daripada mana-mana sudut.

Kamera Triple-Rear dan Kamera-Selfie Pop-Up

Seperti kebanyakan smartphone Huawei yang pasti cemerlang dalam kategori kamera, Y9 Prime 2019 akan mewarisi trend ini. Imej yang dihasilkan adalah orang-orang yang menyeru suka pada IG dan pasti akan membuat anda bahagia. Lens 16MP terletak di mekanisme selfie pop-up Y9 Prime 2019, manakala pada setup triple-rear kamera pula terdiri daripada 16MP main + 8MP ultrawide + 2MP depth di belakang.

 

Kamera pop-up selfie 16MP dengan lensa f/2.0 amat memuaskan hati saya. Selfie amat jelas dan di-exposed dengan baik, dengan warna yang agak tepat serta tona kulit yang memang natural. Dalam mod foto standard, kualiti juga sangat baik. Kontras dan ketepatan butiran dapat dilihat dengan terperinci dan cukup lawa dalam keadaan siang hari, walaupun kualitinya turun dalam beberapa situasi manakala, imej potrait juga kelihatan kemas dan tidak terlalu exaggerated.

Prestasi dan Kekuatan untuk Pelbagai Kerja

Hisilicon Kirin 710F menguasakan Y9 Prime 2019, dan ditambahkan dengan GPU MP4 Mali-G51 dan 4GB RAM. Daripada segi prestasi, Y9 Prime 2019 amat berkebolehan untuk multi-task, produktiviti, dan gaming. Kami mendapati skrin yang besar dan penuh sangat membantu apabila membuat tugas seperti membaca dokumen, menulis, menulis nota, dan sebagainya.

Daripada segi gaming pula, Mobile Legends, Asphalt, dan PUBG berjalan dengan lancar di peranti ini. Smartphone ini cukup pantas dan responsif untuk digunakan dan kebanyakan game boleh dimainkan pada tetapan sederhana sehingga tinggi. Aplikasi boleh dibuka tanpa sebarang delay yangmenjengkelkan; dan multitasking berjalan dengan lancar. 4GB RAM ini membolehkan Y9 Prime 2019 untuk menyimpan beberapa aplikasi terbuka di latar belakang tanpa memerlukan aplikasi tersebut untuk reload semula apabila dibuka balik.

Jangka Hayat Bateri yang Tahan Lama

Untuk bahagian bateri pula, peranti ini dilengkapi dengan bateri 4,000mAh. Ujian bateri memberi Y9 Prime 2019 jangka hayat bateri sebanyak 16 jam dan 15 minit dan jika menonton video berterusan pada brightness 50% dan volume 50%di dalam airplane mode, Y9 Prime 2019 boleh bertahan selama 18 jam dan 53 minit.

Kesimpulan

Kamera pop-up selfie Huawei dan paparan skrin besar tanpa halangan adalah fokus utama pada Y9 Prime 2019. Selain itu, korang juga dapat jangka hayat bateri yang hebat, rekaan smartphone yang menarik, EMUI 9, dan prestasi yang cukup bagus untuk gaming. Kalau ciri-ciri ini menepati citarasa anda, pastikan korang dapatkan Huawei Y9 Prime 2019 pada nilai harga MYR8,99!

Tags: 000mAh2340 x 108044GB RAM6.59-inchFull-Screen DisplayGPU MP4 Mali-G51Hisilicon Kirin 710FHuaweiHuawei Y9 Prime 2019Kamera Triple-RearKamera-Selfie Pop-Up
Previous Post

MSI Umum GE65 Raider dan MSI GT76 Titan yang mengfokuskan esports kini hadir di Malaysia!

Next Post

Diamond Casino di GTA Online boleh dimuat turun bermula sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Diamond Casino di GTA Online boleh dimuat turun bermula sekarang!

Diamond Casino di GTA Online boleh dimuat turun bermula sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd