Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mortal Kombat 1 dedahkan gameplay penuh, roster watak dan banyak lagi [SGF 23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, Pameran/Expo, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Mortal Kombat 1 dedahkan gameplay penuh, roster watak dan banyak lagi [SGF 23]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di Summer Game Fest 2023, Warner Bros Games dan NetherRealm Studios telah mengeluarkan trailer gameplay pertama untuk game fighting brutal, Mortal Kombat 1. Anda boleh tonton dahulu video di bawah untuk gambaran penuh:

Seperti yang anda dapat melihat, trailer itu menunjukkan watak MK1 yang “ikonik tetapi serba baharu” terlibat sekali lagi dalam pertempuran kejam serta memberi info lanjut tentang jalan cerita yang “reboot” semula. Buat mereka yang tidak tahu, Mortal Kombat 1 berlangsung di alam semesta baharu yang dicipta oleh Fire God Liu Kang. Salah satu perubahan baharu adalah Scorpion dan Sub-Zero kini adik-beradik dan bukannya musuh lagi.

Kredit: NetherRealm Studios

Bagi gameplay, trailer baharu ini mempamerkan pelbagai sistem gameplay di dalam Mortal Kombat 1, termasuk Fatality, Kameo Fighter dan banyak lagi. Seperti yang dijangkakan, pertempuran masih kejam seperti mana-mana game sebelum ini, dengan banyak aksi brutal, tulang patah dan teknik dahsyat.

Satu penambahan yang patut diberi perhatian adalah sistem Kameo Fighter, sesuatu yang baru di MK1. Secara am, ia membolehkan pemain memanggil watak berasingan untuk membantu semasa pertempuran. Sebagai tambahan, beberapa watak hanya akan muncul sebagai Kameo Fighter manakala beberapa watak lain akan muncul sebagai watak boleh dimainkan.

Kredit: NetherRealm Studios

Kami juga mendapat pengesahan untuk roster watak MK1. Dalam trailer pertama, kita tahu Liu Kang, Scorpion, Sub-Zero, Raiden, Johnny Cage, Kung Lao, Kitana, Mileena dan Shang Tsung akan kembali. Kini, roster ini akan bertambah dengan pilihan watak baharu yang termasuk Kenshi, Jax, Goro, Kano, Sonya Blade dan Stryker.


Kredit: NetherRealm Studios

Kita masih berbaki beberapa bulan sebelum keluaran Mortal Kombat 1, jadi sudah pasti banyak info masih belum dikeluarkan seperti senarai watak lengkap, mekanik permainan, jalan cerita dan sebagainya. Buat masa ini, peminat hanya boleh tunggu sahaja.

Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September 2023, untuk PC, PS5, Switch dan Xbox Series X/S.

Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.

Tags: Mortal Kombat 1
ShareTweetSend
Previous Post

Ubisoft Umumkan Prince of Persia The Lost Crown! Akan Lancar pada 18 Januari 2024! [SGF 23]

Next Post

Kolaborasi Khas Street Fighter 6 dan Exoprimal Telah Diumumkan oleh Capcom! [SGF 23]

Next Post
Kolaborasi Khas Street Fighter 6 dan Exoprimal Telah Diumumkan oleh Capcom! [SGF 23]

Kolaborasi Khas Street Fighter 6 dan Exoprimal Telah Diumumkan oleh Capcom! [SGF 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd