Sebelum pelancaran global, pemain boleh mencuba Monster Hunter Wilds “Open Beta Test” dari 1 hingga 4 November 2024 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Steam! Bukan itu sahaja, pemain PS5 yang mempunyai PlayStation Plus juga akan mendapat akses awal dari 29 hingga 31 Oktober 2024.
Bukan itu sahaja yang diumumkan semasa Monster Hunter Wilds Showcase hari ini, kerana Capcom telah mendedahkan maklumat terbaru, termasuk raksasa, kawasan, dan penduduk di kawasan tersebut, yang dipaparkan dalam video khas yang anda boleh tonton di bawah!
Oilwell Basin
Satu daripada sorotan utama dalam siaran hari ini ialah ‘Oilwell Basin’, medan berbahaya yang dipenuhi kolam minyak yang menyala menjadi api marak ketika fenomena ‘Firespring’ berlaku.
Oilwell Basin juga merupakan tempat kepada ‘Azuz’, sebuah kampung yang dikenali kerana penduduknya menapis minyak dan bekerja dengan bahan kuno. Hunter akan menjelajah kawasan ini sambil mempelajari tentang penduduk Azuz, budaya mereka, dan misteri yang tersembunyi di dalam api tersebut.
Raksasa Baharu
Landskap Oilwell Basin yang berbahaya memperkenalkan raksasa baru yang mencabar. Salah satu makhluk paling misteri ialah The Black Flame, legenda yang diwarisi dari generasi ke generasi, dikatakan mampu mencipta kemusnahan besar.
Hunter juga akan berhadapan dengan ancaman seperti Fanged Beast Ajarakan, yang mempunyai cangkerang keras yang, serta Brute Wyvern Rompopolo, makhluk yang melepaskan serangan gas dari lidah dan ekornya. Raksasa-raksasa ini telah berevolusi secara khusus untuk bertahan di kawasan ini, menampilkan cabaran baru dan tidak dijangka.
Butiran Open Beta Test
Pertama sekali, mereka yang tidak melanggan PlayStation Plus atau Game Pass Core/Ultimate masih boleh menyertai ujian beta Monster Hunter Wilds. Semasa ujian ini, pemain akan dapat mencuba tiga ciri utama:
- Character Creation: Ciri ini membolehkan pemain mencipta Hunter dan Palico mereka yang unik. Watak yang dicipta semasa beta akan dibawa ke versi penuh game, tetapi kemajuan tidak akan disimpan.
- Story Trial: Beta ini memperkenalkan pemain kepada bab permulaan permainan, termasuk cutscene penting dan tutorial menuju ke pemburuan pertama Chatacabra.
- Doshaguma Hunt: Dalam misi khas ini, pemain akan memburu Alpha Doshaguma, makhluk ganas yang memimpin kawanan mereka. Pemain boleh menggunakan SOS Flare untuk memanggil Hunter lain dalam mode multiplayer, atau bergantung kepada pemburu NPC jika bermain solo.
Aksi Multiplayer semasa Open Beta Test membenarkan pendaftaran rakan secara cross-platform. Walaupun maklumat ini tidak akan dibawa ke versi penuh, ia membolehkan pemain bekerjasama antara pemain PlayStation, Xbox, dan PC semasa beta.
Bagi mereka yang menyertai Open Beta Test, Capcom menawarkan ganjaran eksklusif seperti ‘Palico Teddy pendant’ dan ‘Item Pack’ yang akan tersedia sebagai kandungan yang boleh dimuat turun dalam versi penuh game.
Tarikh Early Access dan Open Beta
- PlayStation Plus Exclusive Early Access (PS5 sahaja):
- 29 Oktober 2024 (Selasa), 11:00 AM (GMT+8) hingga 31 Oktober 2024 (Khamis), 10:59 AM (GMT+8).
- Pra-muat turun bermula pada 28 Oktober 2024.
- Ujian Beta Terbuka (PS5, Xbox Series X|S, PC Steam):
- 1 November 2024 (Jumaat), 11:00 AM (GMT+8) hingga 4 November 2024 (Isnin), 10:59 AM (GMT+8).
- Pra-muat turun bermula pada 31 Oktober 2024.
Sebanyak 29 GB ruang kosong diperlukan untuk ujian beta di semua platform.
Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025. Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post