Jika masih ragu-ragu untuk membeli Monster Hunter Wilds, Capcom baru sahaja memberi sebab terbaik untuk pemain mencubanya. Bermula sekarang, harga Monster Hunter Wilds telah diturunkan secara kekal untuk game asas, di samping menyusunkan semula tawaran pakej digital mereka. Perubahan ini juga datang bersama ‘Prologue Demo’ percuma yang sedia dimuat turun di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC menerusi Steam.
Seperti kami kata tadi, Capcom telah menurunkan harga game asas secara kekal kepada RM135.90 (Steam) – RM136.00 (PS). Ini adalah perubahan yang cukup besar berbanding harga asal Monster Hunter Wilds sewaktu pelancaran (RM249 – RM254).
Bagi memudahkan pembeli membuat pilihan, Capcom telah menghentikan jualan tiga edisi lama iaitu Deluxe Edition, Premium Deluxe Edition, dan Cosmetic DLC Pass.
Pakej-pakej tersebut telah digantikan dengan pilihan baharu berikut:
- Monster Hunter Wilds Gold Edition (RM270.90 ~ RM271.00)
- Menggabungkan game asas bersama pakej baharu Cosmetic DLC Collection.
- Monster Hunter Wilds Cosmetic DLC Collection (RM205.00)
- Pakej berasingan yang mengandungi pek cosmetic DLC terentu untuk pemilik game asas.
Demo percuma pula memberi kita peluang mencuba fasa awal permainan sebelum membuat keputusan untuk membeli:
- Pemain boleh alami babak pembukaan dari awal hinggalah ke permulaan Chapter 1-3 bertajuk “To the Forest”.
- Demo ini sepenuhnya dalam Offline Mode, jadi anda tidak memerlukan sambungan internet atau langganan online multiplayer.
- Pemain boleh mereka bentuk watak secara bebas dan mencuba kesemua 14 jenis senjata utama.
- Segala kemajuan yang dibuat (termasuk watak hunter anda) boleh dipindahkan terus ke versi penuh jika anda membeli game ini nanti.









Discussion about this post