Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach – Akhirnya Urahara Kisuke Memakai Bankai Buat Kali Pertama Dalam Anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Bleach – Akhirnya Urahara Kisuke Memakai Bankai Buat Kali Pertama Dalam Anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak anime Bleach ditayangkan pada tahun 2004, Urahara Kisuke menjadi antara watak paling digemari ramai. Nampak seperti pemilik kedai yang santai, tetapi dialah yang melatih Ichigo, mencipta Hogyoku, dan kerap menyelamatkan keadaan di sebalik tabir. Walau bagaimanapun, kuasa sebenarnya kekal menjadi misteri. Selepas lebih dua dekad, kami akhirnya dapat menyaksikan Urahara Kisuke melancarkan Bankai buat kali pertama dalam anime.

Bleach: Thousand-Year Blood War Episod 42 memfokuskan kepada pertarungan Askin Nakk Le Vaar (Sternritter), antara musuh paling berbahaya dalam arc terakhir. Menggunakan kuasa khas “The Deathdealing”, Askin boleh mengawal dos maut sebarang bahan yang dimakan atau disentuh… termasuklah darah dan spirit energy.

Walaupun Yoruichi Shihoin telah mengerahkan segala kemampuannya sehingga ke batas akhir, Askin masih susah ditumbangkan. Keadaan menjadi lebih bahaya apabila Askin membutakan mata Urahara dan memerangkapnya dalam zon dos maut.

Tanpa mata dan tiada lagi cara untuk menang, Urahara akhirnya terpaksa mengeluarkan senjata rahsia iaitu Bankai beliau.

Apakah Sebenarnya Kuasa Bankai Milik Urahara?

Bankai Urahara diberi nama Kannonbiraki Benihime Aratame.

Apabila diaktifkan, seorang wanita gergasi menyerupai patung akan muncul. Berbeza dengan kebanyakan Bankai lain yang memberikan lonjakan kekuatan atau berubah kepada sejenis senjata dahsyat, Bankai Urahara boleh membedah, mengubah struktur, dan menjahit semula apa sahaja secara fizikal dalam liputan kawasannya.

Dalam Episod 42, kita melihat sendiri betapa gerunnya Bankai ini:

  • Pembedahan Diri Serta-Merta: Selepas matanya dibutakan oleh Askin, Urahara menggunakan Bankai untuk menjahit semula mata, lalu memulihkan penglihatannya serta-merta.
  • Manipulasi Ruang dan Anatomi: Dia memanfaatkan Bankai ini untuk membelah ruang udara dan membelah kulit serta pertahanan fizikal Askin.
  • Permainan Minda: Kuasa Bankai ini hanya berkesan dalam radius tertentu, dan sebarang perubahan akan kembali apabila sasaran keluar dari kawasan itu atau apabila Bankai dinyahaktifkan.

Urahara menggunakan Bankai untuk mengubah struktur ruang lalu membuka peluang di belakang musuh. Strategi bijak ini memberi ruang kepada Grimmjow Jaegerjaquez untuk keluar dari bayang dan meragut jantung Askin secara serangan hendap.

Tags: bleach
ShareTweetSend
Previous Post

Manga The Prince of Tennis Melabuhkan Tirai Selepas 27 Tahun

Next Post

Monster Hunter Wilds Turun Harga Secara Kekal, ‘Prologue Demo’ Percuma Turut Dikeluarkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Monster Hunter Wilds Turun Harga Secara Kekal, ‘Prologue Demo’ Percuma Turut Dikeluarkan

Monster Hunter Wilds Turun Harga Secara Kekal, 'Prologue Demo' Percuma Turut Dikeluarkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd