Peminat tidak perlu menunggu lama untuk mencubanya, kerana demo percuma untuk siri spin-off RPG ‘Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection‘ telah dilancarkan secara rasmi hari ini di semua platform utama.
Walaupun siri utama Monster Hunter memfokuskan kepada keseronokan memburu, siri Stories sentiasa meneroka ikatan antara manusia dan raksasa. Game ini berlatarkan tanah Vermeil, berabad-abad selepas bencana yang dikenali sebagai Rift War.
Dunia kini sedang menghadapi krisis ekologi; raksasa hampir pupus, dan keseimbangan alam semula jadi mula runtuh. Pemain akan memegang peranan sebagai seorang Rider yang memikul tanggungjawab lebih daripada sekadar bertarung… mereka perlu membetulkan dunia yang hampir musnah dan cuba memulihkan semula apa yang telah hilang.

Demo yang kini tersedia di Nintendo eShop, PlayStation Store, Xbox Store, dan PC melalui Steam, membolehkan pemain merasai babak awal pengembaraan baharu ini. Capcom mengesahkan bahawa sebarang save data dalam demo, termasuk character customization, akan dipindahkan terus ke versi penuh pada bulan depan.

Versi percubaan ini menjelaskan beberapa ciri baharu dalam game:
- Sebagai sebahagian daripada tugas mereka sebagai Ranger, pemain akan mencuba memulihkan alam sekitar di Vermeil.
- Sistem combat turn-based kini ditambah baik dengan pengenalan “Wyvernsoul Gauge” dan “Synchro Rush,” yang menawarkan taktik baharu kepada gaya pertempuran ala ‘batu-gunting-kertas’ yang menjadi identiti siri ini.
- The Rite of Channeling kembali semula, membolehkan para Rider mengubah suai abiliti Monstie mereka dengan memindahkan gen antara satu sama lain.

Capcom turut menekankan bahawa rupa watak utama boleh diubah suai sepenuhnya mengikut cita rasa pemain, dan versi demo ini membolehkan pemain mengubah semula penampilan watak mereka seberapa banyak kali yang diingini sepanjang tempoh percubaan tersebut.
Selain itu, para pengumpul boleh mendapatkan Amiibo yang menampilkan Ratha, Ratha V, dan Rudy. Mengimbas figura ini akan membuka pakaian eksklusif dalam game semasa pelancaran.

Game ini akan dilancarkan pada 13 Mac 2026, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.









Discussion about this post