Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Captain Tsubasa 2: World Fighters Membawa Aksi Bola Sepak Anime Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 5, 2026 - Updated on February 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Captain Tsubasa 2: World Fighters Membawa Aksi Bola Sepak Anime Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment telah mendedahkan Captain Tsubasa 2: World Fighters, iaitu game terbaharu dalam francais sukan anime popular ini. Dibangunkan oleh TAMSOFT CORPORATION, sekuel ini akan membuat pelancaran pada akhir tahun ini di Nintendo Switch, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.

Sudah lebih enam tahun berlalu sejak siri ini kali terakhir muncul di konsol melalui Rise of New Champions, dan World Fighters dilihat sebagai satu langkah ke hadapan.

Trailer pengumuman tersebut memaparkan penambahbaikan grafik serta skala gameplay yang tidak pernah dilihat dalam siri tersebut, dengan menampilkan 22 pasukan kebangsaan dan senarai roster besar yang merangkumi lebih 110 watak untuk dimainkan.

Fokus Captain Tsubasa 2: World Fighters terletak pada aspek “Super Action Football”. Berbeza dengan simulasi sukan tradisional, game ini menganggap setiap perlawanan seperti satu pertarungan yang sengit.

Pemain boleh menggabungkan pelbagai abiliti luar biasa, hingga mengubah sukan padang kepada adegan aksi yang mencabar hukum graviti.

Pihak pembangun telah memperkenalkan lebih 150 gerakan unik, merangkumi segalanya daripada teknik dribbling dan tackle sehingga ke hantaran. Walau bagaimanapun, penambahan yang paling besar ialah sistem duel taktikal baharu untuk ‘shots on goal’.

Mekanik ini meletakkan penjaga gol berhadapan terus dengan penyerang dalam satu pertarungan sinematik, yang memerlukan pemain menggunakan strategi dan timing yang tepat, sama ada untuk menembusi pertahanan atau menyelamat gawang.

Peminat manga dan anime akan menemui banyak perkara menarik dalam mod Story. Daripada hanya mengikuti Tsubasa Ozora dari tepi padang, pemain dijemput untuk mencipta custom character mereka sendiri.

Watak protagonis ini akan menyertai Tsubasa dalam misi untuk mendominasi dunia, membina persahabatan dengan rakan sepasukan ikonik, dan bertarung dengan pesaing ikonik dalam perjalanan menjulang trofi.

Tags: Captain Tsubasa 2: World Fighters
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Umum Demo Untuk Semua Platform!

Next Post

Final Fantasy VII Rebirth Luaskan Jangkauan Ke Xbox Series, & Switch 2 Pada Jun 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Rebirth Luaskan Jangkauan Ke Xbox Series, & Switch 2 Pada Jun 2026!

Final Fantasy VII Rebirth Luaskan Jangkauan Ke Xbox Series, & Switch 2 Pada Jun 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd