Wooooo, Tahniah!!! mesti korang terkejutkan kenapa aku ucap tahniah? Ni semua sebab Capcom dah cipta satu sejarah, dan ianya membabitkan game Monster Hunter : World. Nak tau sebab apa, moh layan entri aku kali ni.
Kalini, Capcom mencipta sejarah dengan menjual 7.5 juta unit game Monster Hunter : World ni, semenjak dari release pada 26 Januari 2018. Menurut Twitter official Capcom Ir, diorang mengatakan bahawa jualan game monster hunter ni da mencecah 7.5 Juta! Wow, dan ianya juga merupakan satu rekod yang baru dan merupakan 1 sejarah buat mereka. Tahniah Capcom!
Kalau korang tak percaya, meh aku tunjuk bukti.
Press Release]"Monster Hunter: World Ships 7.5 Million Units!
– Becomes the best-selling title in Capcom's history -"
has been updated. pic.twitter.com/nUlfIn1FGa— Capcom IR (@Capcom_IR) March 5, 2018
So, sekali lagi, aku ucapkan tahniah! Korang memang awesome, aku minat Capcom ni semenjak diorang keluarkan siri game Resident Evil lagi. Kerja-kerja diorang sangat la professional dan best!
Untuk Celebrate, moh layan trailer Monster Hunter : World sekali lagi. Mana tahu kot ada “Hunter” baru nak join kan?
@gamersantaimy
Discussion about this post