Sebelum ini Battlefield V sedang dalam proses menambahkan mode 5v5, tetapi menurut EA DICE; mode tersebut telahpun dibatalkan. Mode ini asalnya diusulkan untuk memberikan satu bentuk permainan kompetitif yang baru untuk pemain.
Produser senior Battlefield V iaitu Ryan McArthur telah berkongsi perkembangan kompetitif game ini mengatakan, pembatalan mode ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi ianya akan membolehkan mereka untuk bekerja ke arah kandungan lain dan membuat penambah baikan.
Mesej ini tertanam menerusi “Letters from the Front” iaitu satu buletin daripada studio itu. Sebelum memberitahu berkenaan pembatalan tersebut, McArthur telah memberi perincian mengenai features yang sedang dibangunkan.
Get the latest information about competitive gaming, new maps, factions, and more from #Battlefield Senior Producer Ryan McArthurhttps://t.co/DXL5hJYIgF
— Battlefield V (@Battlefield) August 22, 2019
Nampaknya ini bukan petanda yang baik bagi arena kompetitif Battlefield V, dimana ia telahpun mengalami beberapa isu menerusi kandungan dan roadmap, tetapi DICE mengatakan fokus mereka terhadap permainan kompetitif masih lagi sama. Antara perancangan mereka adalah bekerjasama dengan komuniti sedia ada dalam arena kompetitif dengan membina features dan menyokong kumpulan ini.
Selain daripada berita pembatalan mode 5v5, posting tersebut turut memuatkan status terkini berkenaan kemaskini akan datang dan juga map yang baru. DICE juga telah memberikan semula komitmen untuk menjadi lebih telus kepada komuniti menerusi komunikasi yang berterusan.
@gamersantaimy
Discussion about this post