Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX Tetapkan Tarikh April 2025 Untuk Anime Utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX Tetapkan Tarikh April 2025 Untuk Anime Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web rasmi Jepun untuk anime Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan perdana siri ini pada 8 April 2025 di Jepun.

Selain itu, trailer promosi kedua untuk filem Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX –Beginning- turut mula disiarkan, memperkenalkan lagu tema baharu bertajuk “Plazma” oleh Kenshi Yonezu.

Kisahnya mengikuti Amate Yuzuriha, seorang pelajar sekolah menengah yang menjalani kehidupan tenang di sebuah koloni angkasa. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang pelarian perang bernama Nyaan dan terjerumus ke dalam dunia pertarungan Mobile Suit bawah tanah yang dikenali sebagai Clan Battle.

Menggunakan nama samaran “Machu,” Amate terjun ke medan pertempuran yang sengit dengan mengemudi GQuuuuuuX. Keadaan menjadi lebih rumit apabila sebuah Mobile Suit Gundam misteri, yang diburu oleh pasukan angkasa dan pihak berkuasa, tiba-tiba muncul bersama juruterbangnya, seorang remaja lelaki bernama Shūji.

Kredit: © 創通・サンライズ

Siri ini mendapat perhatian ramai apabila diumumkan bahawa Studio Khara, yang diasaskan oleh Hideaki Anno—individu di sebalik francais Neon Genesis Evangelion—akan menerajui produksi.

Dengan ramai veteran anime dari Evangelion yang turut terlibat, Gundam GQuuuuuuX dijangka menampilkan animasi berkualiti tinggi serta penceritaan yang menarik, setanding dengan karya-karya sebelumnya.

Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX –Beginning-

Kredit: © 創通・サンライズ

Sebelum anime ini ditayangkan secara rasmi, Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX -Beginning-—sebuah filem kompilasi yang merangkumi tiga episod pertama—telah membuat debut di pawagam Jepun pada 17 Januari 2025.

Filem ini terus mencipta kejayaan di box office, membuka tayangan di tangga pertama dan kekal dalam senarai 10 teratas selama lebih sebulan. Dengan kutipan mencecah USD 16.5 juta, ia kini menjadi filem kedua dengan kutipan tertinggi dalam francais Gundam.

Kredit: © 創通・サンライズ

Di Malaysia, filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 27 Februari 2025 menerusi Encore Films Malaysia. Bagaimanapun, platform siaran bagi siri anime utama masih belum diumumkan.

Memandangkan siri Gundam dahulu, The Witch from Mercury, tersedia di Crunchyroll, ada kemungkinan besar GQuuuuuuX akan mengikuti model pengedaran yang sama, dengan potensi untuk diperluaskan ke platform lain.

Tags: animeMobile Suit Gundam GQuuuuuuX
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live Action Keluang Man Akan Ditayangkan 29 Mei 2025!

Next Post

Apakah Beza “Super Saiyan 4” Dalam Dragon Ball Daima vs. Dragon Ball GT?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Apakah Beza “Super Saiyan 4” Dalam Dragon Ball Daima vs. Dragon Ball GT?

Apakah Beza "Super Saiyan 4" Dalam Dragon Ball Daima vs. Dragon Ball GT?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd