Dalam siri permainan virtual ‘Digital Monster‘ yang disayangi ramai, produk sekuel ‘DIGITALMONSTERX Ver.2‘ akhirnya telah dilancarkan dan boleh didapati dalam dua warna: RED dan PURPLE. Ia termasuk beberapa penambahan baru seperti X-Digimon yang pernah kita bincang sebelum ini, sistem peta dan pertempuran yang dikemas kini, grafik yang lebih canggih, dan lebih banyak Digimon. Antagonis yang pemain harus hadapi kali ini ialah “Seven Great Demon Lords” dan total 91 Digimon boleh dijumpai dalam permainan virtual ini.
Selain itu, 18 Digimon dengan X-Evolution seperti “DarkTyrannomon” dan “Numemon” boleh dimainkan. Pemain ingin tahu lebih boleh rujuk buku ilustrasi yang disertakan sekali dengan produk ini. Sebanyak 60 Digimon boleh dimiliki dan dilatihkan serta 31 Digimon jahat yang akan menghalang kemajuan kamu. Sekiranya pemain memenangi pertarungan, mereka dapat maju ke hadapan dalam peta Dunia Digital.
Sistem Peta diperbaiki untuk menyediakan 45 kawasan pertempuran dengan setiap kawasan mempunyai Digimon jahat sebagai Area Boss. Apabila “DIGITALMONSTERX Ver.2 RED” disambungkan dengan “DIGITALMONSTERX Ver.2 PURPLE” ataupun sebaliknya, kawasan tersembunyi boleh diakses. Dengan menyelesaikan kawasan tersebut, beberapa digimon boleh berevolusi kepada bentuk yang lebih kuat.
Sistem pertempuran amat mirip dengan yang sebelumnya. Apabila seekor Digimon bertindak semasa pertempuran, pergerakan Digimon itu akan muncul di skrin. Ia mewujudkan adegan perang yang agak mengagumkan. Di samping itu, sistem dadu “XAI” boleh mengubah kelajuan “attack gauge” bergantung pada bilangan nombor di dadu. Hanya maksimum dua Digimon boleh digunakan bersama pada satu masa dan kedua-dua Digimon ini boleh ditukar dalam back up system.
Ingin hidupkan zaman kanak-kanak kamu? Ingin ada teman Digimon? Dapatkan DIGITALMONSTERX Ver.2 sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post