Untuk seorang streamer, komunikasi dengan penonton anda adalah faktor asas yang paling penting untuk berjaya. Komunikasi yang tidak jelas antara diri sendiri dan mereka yang melihat adalah masalah yang sukar untuk diatasi. Selain itu, mewujudkan ruang yang memberi rangsangan visual untuk sesebuah stream boleh menjadi sukar dan mahal atau murah tetapi membosankan.
Mikrofon baru Razer Seiren Emote menangani kedua-dua cabaran ini dengan cara pintar dan inovatif yang pasti membuat banyak streamer sangat teruja. Mikrofon tersebut berkualiti profesional dengan paparan siaran langsung yang berinteraksi dengan penonton semasa anda bermain. Kami dengan sukacitanya melaporkan Razer mempunyai produk hebat yang mempunyai potensi untuk meningkatkan kualiti siaran langsung anda dan berinteraksi bersama penonton dengan cara yang baru.
Seiren Emote mempunyai paparan 8-bit di bahagian hadapan yang memaparkan pelbagai emote tanpa had berdasarkan apa sahaja keadaan yang anda mahukan. Selepas menyambungnya, PC anda secara automatik akan install Razer Synapse 3 dan Streamer Companion App. Dari aplikasi ini, anda boleh memilih emote umum yang dipaparkan semasa anda bermain, sama ada dalam statik atau animasi, atau anda boleh membuat sendiri.
Dari sana, anda boleh pilih emote yang spesifik untuk dipaparkan apabila anda mendapat follower atau subscriber baru. Malah anda boleh menetapkan perkataan atau frasa tertentu untuk nyalakan emote. Streamer Companion App bersambung dengan Twitch dan Streamlab supaya memudahkan kerja streamer untuk bersiaran langsung dengan emote yang berubah secara automatik.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menyokong semua peranti Razer Chroma dan apa sahaja yang membolehkan kroma, termasuk sistem Hue’s Smart Light. Sekiranya anda mempunyai aksesori yang membolehkan Chroma, semuanya boleh diprogram dengan mudah dan intuitif untuk bertindak balas kepada keadaan tertentu. Kini, apabila anda mendapat subcriber baru, mikrofon anda akan memancarkan emote dan headset, papan kekunci, tetikus, dan lampu Hue anda akan berkelip dan menyalakan warna, lalu mewujudkan saat interaktif yang menarik dengan penonton.
Seiren Emote sangat mirip dengan Razer Seiren X, sebuah mikrofon lain yang popular untuk streamer dan podcaster. Corak hyper-cardioid bermakna bahawa mikrofon ini sangat bagus untuk menangkap butiran dalam suara anda sambil menghilangkan bunyi latar belakang. Ia dilengkapi dengan kabel usb mikro dan mempunyai port untuk headset anda, yang perlu anda gunakan kerana PC memerlukan Seiren Emote ditetapkan sebagai default input dan output device untuk berfungsi.
Rangka anti-shock yang dibina ke dalam badan mikrofon bertujuan untuk menyerap bunyi yang tidak disengajakan atau memberi impak semasa bersiaran langsung, kerana kebanyakkan streamer dikenali untuk menjadi sangat lasak semasa dalam permainan. Seiren Emote juga akan terus berfungsi, jadi jika anda bukan seorang steamer atau anda tidak mahu pening kepala dengan aplikasi baru, anda boleh terus pasangkan mikrofon itu dan mula menggunakannya.
Saya suka bahawa Razer bersemangat untuk mencipta produk untuk streamer yang bantu meningkatkan hubungan mereka bersama penonton. Seiren Emote kelihatan seperti permulaan peranti inovatif untuk arus perdana dan saya teruja untuk melihat apa yang mereka akan hasilkan seterusnya. Razer Seiren Emote kini boleh didapati dengan nilai harga RM699 dan boleh dibeli di Lazada atau Shopee. Anda boleh tahu lebih lanjut di laman web rasmi Razer.
@gamersantaimy
Discussion about this post