Adakah anda bersedia pada bulan depan untuk berperang dengan kejahatan yang tidak sepatutnya hidup dalam alam ini di game aksi-RPG kejam Nioh, dan berjuang untuk bertahan hidup dalam game horror psikologi, Outlast 2? Kedua-dua game ini menyertai permainan bulanan PS Plus pada 5 November. Berikut adalah rumusan pendek:
Nioh
Nioh adalah permainan action-adventure, di mana anda mesti mengasah kemahiran, menaik taraf senjata dan menunjukkan ketekunan dan kehebatan untuk menewaskan beberapa iblis paling jahat di Jepun kuno. Mengembara di zaman Sengoku ini yang sejarahnya penuh dengan darah dan ambil peranan sebagai orang asing yang terlibat di dalam perjuangan untuk membebaskan roh Guardian Spirit dari cengkaman ahli sihir jahat.
Mahirkan ilmu pedang, tombak, shuriken, busur, senapang, sihir elemental dan banyak lagi, dan membentuk diri anda menjadi pahlawan samurai harapan Jepun. Belajar kemahiran baru, cari perisai yang lebih kuat dan sempurnakan playstyle anda semasa meneroka bandar-bandar yang dipenuhi iblis, gua-gua seram dan pelabuhan yang ditinggalkan.
Outlast 2
Libatkan diri dalam perjuangan terdesak untuk bertahan hidup di sebuah masyarakat pedalaman yang terpencil ketika anda berusaha untuk menyelamatkan isteri yang diculik dari cengkaman organisasi ajaran sesat. Setelah selamatkan diri daripada kemalangan helikopter, lalu ke kampung terbiar Temple Gate dan lakukan yang terbaik untuk mengelak penduduk gila ketika mencari pasangan anda.
Dihantui oleh masa lalu, cari jawapan apabila anda mendedahkan rahsia yang lebih mengejutkan tentang penduduk bandar dan cita-cita pemimpinnya yang berkarisma.
Kedua-dua Nioh dan Outlast 2 boleh dimuat turun di PlayStation Store bermula 5 November hingga 3 Disember. Sementara itu, anda masih mempunyai beberapa hari lagi untuk memperolehi game PlayStation Plus Oktober, yang termasuk The Last of Us Remastered dan MLB: The Show 19. Kedua-dua permainan boleh dimuat turun sehingga 4 November.
Sumber – PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post