Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Midnight Murder Club Masuk Early Access – Party FPS Licik Sehingga 6 Pemain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2025
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Steam
0 0
0
Midnight Murder Club Masuk Early Access – Party FPS Licik Sehingga 6 Pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Velan Studios, pembangun di sebalik Knockout City, kini secara rasmi melancarkan Midnight Murder Club secara ‘early access‘ untuk PlayStation 5 dan PC. Tersedia pada harga RM80.49, game ini menyokong crossplay dan cross-progression antara platform, membolehkan pengalaman multiplayer yang lancar.

Selain itu, Velan Studios turut memperkenalkan Midnight Murder Club Guest Pass Edition, yang membolehkan sehingga lima pemain dengan Guest Pass menyertai sesi yang dihoskan oleh pemilik game penuh—memastikan lebih ramai dapat menikmati pengalaman seram tersebut.

Gabungan Seram dan Kompetitif

Midnight Murder Club ialah game first-person shooter (FPS) party yang menempatkan sehingga enam pemain dalam sebuah rumah agam Victoria yang gelap gelita, Wormwood Manor. Pemain hanya dibekalkan dengan lampu suluh dan revolver, memaksa mereka untuk menggunakan taktik bersembunyi dan aksi pertempuran.

Keunikan utama game ini terletak pada sistem kegelapan—kekal tersembunyi dalam bayang-bayang memberi kelebihan keselamatan, tetapi menggunakan lampu suluh untuk melihat akan mendedahkan kedudukan kepada lawan.

Kredit: Velan Studios

Sistem proximity chat menjadikan pengalaman lebih seronok, di mana suara pemain bergema di dalam rumah agam, mencipta gabungan panik, dan elemen humor. Ada pelbagai mod permainan menarik, termasuk:

  • Free-for-All – Deathmatch klasik di mana pemain dengan jumlah kill tertinggi menang.
  • Thief in the Night – Pasukan dua orang mengumpul tengkorak untuk ditukar dengan wang tunai.
  • Team Deathmatch – Pertempuran berpasukan standard.
  • Headhunters – Memburu sasaran yang telah ditandakan.
  • Wildcards Mode – Pemain menggunakan kad khas untuk mengubah peraturan permainan, mencipta elemen tidak terduga seperti speed boost, letupan maut, dan banyak lagi kejutan menarik.
Kredit: Velan Studios

Untuk menambah elemen gameplay, pemain boleh menemui barang seperti night vision pill, bear trap, dan Molotov cocktail yang tersebar di dalam rumah agam, menjadikan setiap perlawanan lebih mencabar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Midnight Murder Club
ShareTweetSend
Previous Post

Warhammer 40,000: Space Marine III Diumumkan Secara Rasmi – Bab Baru dalam Saga!

Next Post

‘COLORFUL STAGE: A Miku Who Can’t Sing’ Ditayangkan di Malaysia pada 17 April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
‘COLORFUL STAGE: A Miku Who Can’t Sing’ Ditayangkan di Malaysia pada 17 April!

'COLORFUL STAGE: A Miku Who Can't Sing' Ditayangkan di Malaysia pada 17 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd