Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘COLORFUL STAGE: A Miku Who Can’t Sing’ Ditayangkan di Malaysia pada 17 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
‘COLORFUL STAGE: A Miku Who Can’t Sing’ Ditayangkan di Malaysia pada 17 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Marilah ramai-ramai saksikan perjalanan Hatsune Miku yang penuh emosi di layar perak! Filem anime yang dinanti-nantikan, COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing, bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 April 2025.

Berdasarkan game mobile rhythm popular Hatsune Miku: Colorful Stage (dikenali sebagai Project Sekai: Colorful Stage feat. Hatsune Miku di Jepun), filem ini menghidupkan dunia penuh warna dari gametersebut dalam bentuk drama animasi muzikal fiksyen sains.

Diarahkan oleh Hiroyuki Hata dan diterbitkan oleh P.A. Works, ini merupakan filem pertama yang menampilkan penyanyi VR legenda, Hatsune Miku, sebagai bintang utama.

Kredit: P.A. Works

Filem ini mengisahkan Ichika Hoshino, seorang pemuzik sekolah menengah yang memiliki kebolehan untuk memasuki dunia misteri yang dikenali sebagai “Sekai”, sebuah dimensi yang lahir daripada emosi manusia.

Di dunia ini, dia dan rakan-rakannya berhubung dengan penyanyi maya seperti Hatsune Miku untuk mengekspresikan diri melalui muzik.

Namun, segalanya berubah apabila Ichika bertemu dengan versi Miku yang berbeza—Miku yang tidak dapat menyanyi. Tidak kira berapa kali dia mencuba, suaranya gagal mencapai pendengar, menyebabkan dia hilang keyakinan.

Bertekad untuk membantu, Ichika memulakan perjalanan untuk mencari semula makna muzik dan emosi, sambil membina ikatan unik dengan Miku yang sedang berjuang ini.

Kredit: P.A. Works

Dengan durasi 105 minit, filem ini ditayangkan di Jepun pada 17 Januari 2025, memulakan debutnya di tempat kedua di box office Jepun dan meraih kutipan melebihi 570 juta yen pada hujung minggu pembukaannya.

Peminat game ini pasti teruja kerana barisan pelakon suara original turut kembali, termasuk Saki Fujita sebagai Hatsune Miku dan Ruriko Noguchi sebagai Ichika Hoshino.

Kredit: P.A. Works

Salah satu tarikan utama COLORFUL STAGE The Movie: A Miku Who Can’t Sing adalah runut bunyinya, yang menampilkan:

  • Lagu Tema: “Hajimari no Mirai” (“The Future of Beginning”) oleh 40mP dan sasakure.UK, dinyanyikan oleh Hatsune Miku.
  • Lagu Penutup: “Worlders” oleh Jin, diatur oleh TeddyLoid, dinyanyikan oleh kesemua 26 watak dari lima kumpulan muzik dalam permainan—Leo/need, MORE MORE JUMP!, Vivid BAD SQUAD, Wonderlands×Showtime, dan Nightcord at 25:00.

Tags: animeCOLORFUL STAGEHatsune Miku
ShareTweetSend
Previous Post

Midnight Murder Club Masuk Early Access – Party FPS Licik Sehingga 6 Pemain!

Next Post

One Piece Asia Hunt 2025 – Harga Tiket & Tawaran Pakej!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
One Piece Asia Hunt 2025 – Harga Tiket & Tawaran Pakej!

One Piece Asia Hunt 2025 - Harga Tiket & Tawaran Pakej!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd