Salah seorang pemain Street Fighter elit dunia, Tsunehiro ‘Gachikun’ Kanamori dari Jepun baru-baru ini memenangi Singapore Offline Premier Untuk Street Fighter 6 yang diadakan di gamescom asia 2023.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/IMG_8976.jpg)
Bagi mereka yang tidak tahu, dia mula menjadi terkenal pada zaman Street Fighter 4 apabila memainkan watak Sagat, sebelum menjadi salah seorang pemain awal untuk memainkan watak Rashid dalam Street Fighter 5.
Sepanjang musim 2017 dan 2018 untuk Capcom Pro Tour, Gachikun menunjukkan persembahan yang luar biasa di pelbagai kejohanan besar dan ini semua berakhir dengan kemenangan Capcom Cup pada 2018, di mana ‘Gachikun’ memenangi $250,000 dan mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang pemain Street Fighter terbaik di dunia.
Di sini, kami berpeluang menemu ramahnya selepas tamatnya Singapore Offline Premier untuk mendapat tahu pendapatnya tentang bidang esport semasa untuk Street Fighter 6 dan rancangannya pada masa hadapan.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/IMG_8920.jpg)
Bagaimanakah rasanya memenangi Singapore Offline Premier dan melayakkan diri untuk CAPCOM CUP X?
Gachikun: Capcom Cup tahun ini amat sukar untuk layak. Ada kalanya saya tidak pasti saya boleh masuk. Jadi untuk akhirnya melayakkan diri adalah satu kelegaan yang besar dan saya memberi kredit kepada semua latihan yang telah saya lakukan dan hasil yang ditunjukkan daripada kerja keras itu.
Ramai bimbang jika hanya watak-watak seperti Luke, Ken dan JP sahaja yang akan memenuhi kejohanan. Apakah perasaan anda memenangi kejohanan dengan watak yang lebih kurang digunakan seperti Rashid?
Gachikun: Rashid adalah watak DLC dan selepas Evolution, saya bertukar daripada Manon kepada Rashid. Pada mulanya, ia sangat sukar dalam kejohanan seperti Street Fighter Leagues. Dia tidak dapat menghasilkan keputusan yang saya benar-benar inginkan tetapi ada satu lagi pemain, John Takeuchi yang juga menggunakan Rashid. Apabila melihatnya, saya macam “Oh, saya boleh belajar beberapa perkara. Saya boleh watak ini berjaya.”
Setelah berlatih banyak, saya dapat menunjukkan keputusan baik untuknya dan ia juga berkaitan kerana saya pernah menggunakan dia dalam Street Fighter V, jadi saya sangat gembira. Saya berpendapat bahawa Rashid adalah watak yang berdaya maju dalam jangka masa panjang dan menyeronokkan untuk dimainkan.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/sf6Rashid01-1.jpg)
Saya rasa roster yang berulang di Singapore Offline Premier adalah kehadiran watak yang kurang tipikal seperti Chun Li, DeeJay dan kini jelas Rashid. Adakah anda mempunyai apa-apa mesej kepada pemain yang mahu kekal dengan watak mereka walaupun tidak selalu digunakan dalam kompetitif tinggi?
Gachikun: Dalam mana-mana jenis fighting game, akan ada watak yang kuat dan akan ada watak yang faktanya yang lemah. Anda perlu menerima hal itu dengan watak yang lemah apabila mula menggunakannya seperti yang saya alami.
Mulanya, anda akan kecewa semasa berpegang padanya tetapi lama-lama akan menikmati watak itu dan menghasilkan idea dan strategi baru untuk mengatasi kelemahan yang ada. Itu adalah sebahagian daripada kegembiraan dalam proses.
Saya percaya dengan menggunakan watak itu untuk jangka masa yang sangat lama, bukan sahaja saya sendiri, malah komuniti pun akan tampil dengan taktik baru untuk menjadikan Rashid sebagai watak yang kuat. Begitu juga, mereka akan membangunkan strategi menentang Rashid, walaupun dia juga watak yang agak jarang dipilih. Jadi anda perlu bersedia dan berkembang mengikut peredaran zaman.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/Capcom-Pro-Tour-2023-Offline-Premier-Singapore-Day-3-Top-16-6-16-15-screenshot.jpg)
Apakah perasaan anda bermain di Grand Finals selepas reset?
Gachikun: Saya selalu bermain Chris Wong sepanjang masa secara online dan mereka mempunyai set peraturan, seperti melakukan “yagng pertama untuk melengkapkan 5 set”. Tetapi kita melakukan tiga dan ia biasanya seperti jongkang-jongket di mana pemain A akan menang, kemudian pemain B akan menang kemudian pemain A akan menang. Corakny adalah Chris Wong sentiasa menjadi pemain A, kemudian pemain B, kemudian pemain A.
Saya macam “Oh, okay, saya ada peluang kerana ini sudah berlaku. Sesiapa yang menang dahulu akan mendapat reset, tetapi pasti menang. Jadi saya benar-benar perlu mengambil langkah pertama.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/Capcom-Pro-Tour-2023-Offline-Premier-Singapore-Day-3-Top-16-6-23-47-screenshot.jpg)
Setelah mendapat wang dan tiket ke CPX. Apakah rancangan bermula sekarang hingga Capcom Cup dengan duit ganjaran itu?
Gachikun: Mengandaikan Piala Capcom akan berlangsung tahun depan, saya tidak rasa ia telah diumumkan dengan tepat, tetapi seperti yang kami umumkan beberapa minggu akan datang akan ada kejohanan serupa di Perancis.
Saya kini boleh melangkau itu dan boleh duduk di rumah dan bersama keluarga dan juga live stream dan menumpukan perhatian pada hal itu; dan berlatih serta menggunakan masa itu daripada pergi berkeliling dalam kejohanan global. Saya benar-benar lega boleh menggunakan semula masa itu sebagai persediaan untuk Capcom Cup.
Siapa yang paling anda nantikan untuk bertarung di CPX?
Gachikun: AngryBird
Adakah anda mempunyai apa-apa pesanan terakhir kepada pembaca?
Gachikun: Sukar untuk percaya, tetapi Street Fighter 6 hanya keluar setengah tahun yang lalu. Hanya enam bulan dan ia sudah berada pada tahap yang sangat tinggi dan hanya akan berkembang dan mencapai tahap yang lebih tinggi. Terima kasih atas sokongan hari ini. Saya percaya ia akan menjadi lebih baik mengikut evolusi game.
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/IMG_20231022_185102.jpg)
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tsunehiro ‘Gachikun’ Kanamori kerana sudi menjawab soalan kami dan kepada Capcom kerana menganjurkan temu bual ini.
Dapatkan segala berita kami tentang francais Street Fighter 6 di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post