Permainan yang paling dinantikan tahun ini, The Last of Us Part II mempunyai ramai peminat serta komuniti sendiri, satu-persatu temuramah dijalankan termasuk bersama Halley Gross juga pelancaranya telah ditundakan, kini permainan dari pengarah Neil Druckmann yang menyatakan ia akan membuat pemiat teruja akan datang tidak lama lagi!
Kesemua peminat yang menanti tidak kira umur dengan permainan dari Naughty Dog ini telah melancarkan kemaskini di laman web di PlayStation dan yang mengejutkan ramai peminat, ini adalah yang pertama kali Naughty Dog melancarkan permainan video untuk 17 tahun keatas kerana memiliki beberapa kandungan yang ditapis untuk pemain bawah 17 tahun.
Sinopsis kali ini menceritakan kesinambungan Ellie dan Joel selepas 5 tahun perjalanan mengembara dalam keadaan huru hara di US. Hidup di kalangan komuniti yang masih bertahan hidup membolehkan mereka berdamai tetapi ancaman yang berterusan terhadap mangsa yang dijangkiti dan lain-lain masih dalam keadaan terdesak. Apabila peristiwa ganas mengganggu perdamaian itu, Ellie memulakan perjalanan tanpa henti untuk menjalankan keadilan dan mencari penutupan. Semasa dia memburu mereka yang bertanggungjawab, dia berhadapan dengan kesan fizikal dan emosional yang memusnahkan segala aksinya.
Sambung semula mengenai kandungan 17 tahun keatas ini, ESRB (Entertainment Software Rating Board) siri ini mempunyai kandungan yang mengejutkan seperti;
Sexual Content – Gambaran yang tidak jelas tentang tingkah laku seksual, mungkin termasuk separa bogel.
Sexual Themes – Rujukan kepada seks atau seksualiti.
Yang lain turut serta dalam kandungan ini boleh dinampak jelas dalam permainan seperti, Blood and Gore (Permainan ini adalah ganas dan penuh pendarahan), Intense Violence (Kejam/Keganasan sengit), Strong Language (Menggunakan bahasa-bahasa kasar) dan Use of Drugs (Penggunaan dadah/vaksin didalam permainan).
Apa yang sebenarnya akan ditambah kepada cerita ini masih belum dapat dilihat sepenuhnya. Sama ada ini akan membolehkan Naughty Dog memberikan gambaran yang lebih baik untuk kehidupan dunia apokaliptik, atau sama ada ia akan membolehkan Ellie meneroka seksualitinya melalui pemain adalah kesimpulan berpotensi yang tidak boleh kita gambarkan.
Apa-apapun pada peminat sila ikuti kandungan tersebut dan elakkan pemain bawah dari umur tersebut dari bermain permainan ini untuk mengelak dari pekara tertentu. The Last of Us Part II akan hadir pada 22 Mei 2020 ini khas untuk PlayStation 4.
Sumber: Dualshockers
@gamersantaimy
Discussion about this post