Pada awalnya, kalau korang tahu yang korang boleh membeli Steam Wallet dengan menggunakan perkhidmatan secara online, Maybank2u (M2U). Dan, kali ini, para pengguna PlayStation 4 boleh membeli PlayStation Network Wallet. Untuk Steam Wallet, kita tahu yang pihak Maybank mengenakan cas sehingga 20 peratus untuk setiap pembelian, tapi, untuk PSN, tiada caj weh!
Nilai yang ditawarkan yang boleh dibeli adalah:
- PSN RM30
- PSN RM50
- PSN RM100
- PSN RM200
- PlayStation Plus 3-bulan RM45
- PlayStation Plus 12-bulan RM129
Tapi, macam mana nak beli? Meh sini aku ajar selangkah demi selangkah:
- Pergi Maybank2u.com.my
- Log masuk ke akaun Maybank korang
- Klik ‘Buy Online’
- Klik ‘Game Credits with PIN’
- Pilih ‘PlayStation Network (PSN)’
- Pilih nilai yang ingin dibeli
- Masukkan nombor telefon
- Minta nombor TAC dan masukkanya
- Tunggu SMS untuk kod topup
- Tebus kod itu di PlayStation Store, sama ada melalui PS4 sendiri atau melalui laman web
Nampaknya makin senang la lepas ni untuk kita beli PlayStation Network Wallet kan? Dah la takde cas ekstra. Mudah, hanya perlukan account Maybank2u, internet dan juga Apps. Dah boleh beli Wallet dan juga subscribe PlayStation Plus. Menarik kan?
Sumber: JOMgaming
@gamersantaimy
Discussion about this post