Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Masa untuk membeli-belah! Game-game gempak ini kini Diskaun hingga 80% di Steam!

Nyny.A by Nyny.A
August 12, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Steam
Reading Time: 3 mins read
0 0
0
Masa untuk membeli-belah! Game-game gempak ini kini Diskaun hingga 80% di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Nak dapat diskaun istimewa di Steam memang payah, kecuali ada acara-acara tertentu seperti Steam Fest atau Sale mengikut musim. Tetapi kali ini, di ruangan “Special Offer” halaman Steam, nampaknya menarik mata kami untuk memandangnya kerana ada beberapa game yang agak dikenali namanya mempunyai diskaun yang mencecah sehingga 80%! Wow kedengaran menarik kan? Jadi kat bawah ini adalah antara permainan yang mungkin korang boleh pertimbangkan untuk beli! Yela nak dapat diskaun kan payah~

Overcooked! 80% dan Overcooked! 2 66% Diskaun!!

Sempena Overcooked! All You Can Eat Birthday Party Franchise Sale, macam-macam permainan dari Team 17 mempunyai diskaun sebenarnya! Di antara permainan yang wajib korang cuba lagi-lagi bermain bersama rakan dalam dunia Onion Kingdom ialah siri Overcooked! Gila-gila sampai 80% Diskaun dalam RM7.80 je, memang tidak patut korang lepaskan! Jadi anda boleh ke pautan dengan tekan sini untuk mendapatkannya!

Main hujung minggu Percuma atau beli PAYDAY 2 dengan Diskaun 50%!

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

PAYDAY 2 adalah penembak co-op empat pemain yang penuh aksi, sekali lagi membolehkan pemain memakai topeng crew PAYDAY yang asal – Dallas, Hoxton, Wolf dan Chains – ketika mereka turun di Washington DC untuk melakukan kejahatan epik! Jangan lupa, PAYDAY 2 juga menyokong penggunaan VR tau! Jadi jangan lupa dapatkan PAYDAY 2 yang kini hanya RM11.78 atau dapatkan pelbagai bundle permainan ini dengan 50% diskaun juga! Bukan itu sahaja, anda juga boleh mainkan permainan ini secara PERCUMA untuk hujung minggu ini! Tekan pautan ini untuk ke laman PAYDAY 2!

Midweek Madness dengan Francais DARKSIDERS!

Sehingga 80% diskaun, anda boleh membeli siri-siri permainan Darksiders dari THQ Nordic ini! Antara dalam senarai seperti Darksiders Genesis kini hanya RM18.48, Darksiders Warmastered Edition hanya RM7.60, Darksiders III Deluxe Edition hanya RM33.00 dan banyak lagi untuk anda dapatkan permainan hack-and-slash ini! Anda boleh ke pautan ini untuk lebih lanjut.

Siri LEGO games pun ada diskaun kaw-kaw!

Yang ni memang korang tidak patut lepaskan! Banyak gila siri LEGO yang diskaun dari 75%-80%! Antaranya seperti LEGO® Marvel Super Heroes 2 hanya RM12.25, LEGO® Batman™ 3: Beyond Gotham RM12.75, LEGO® The Lord of the Rings™ RM9.50, LEGO® The Incredibles RM31.00 dan banyak lagi! Dapatkan siri aksi RPG ini di Steam sekarang!

Permainan Co-op kegemaran ramai It Takes Two!

Menjadi kegemaran kami juga di mana ianya memang seronok bermain dengan yang tersayang, anda juga boleh baca semula review It Takes Two kami di sini. Kini It Takes Two terdapat diskaun 25% di Steam yang berharga RM119.25 sahaja! Jadi ini lah masa untuk anda meluangkan masa bersama yang tersayang!

Juga DOOM ETERNEL kini 75% Diskaun!

Yang terakhir Doom Eternal adalah permainan FPS yang dikembangkan oleh id Software dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Sekuel Doom (2016), dan permainan utama kelima dalam siri Doom, ia dilancarkan pada 20 Mac 2020. Kini anda boleh mendapatkan DOOM Eternal Deluxe Edition hanya RM93.75! Jadi apa lagi anda nantikan? Jom ke pautan ini sekarang!

Banyak lagi yang menanti anda untuk membeli belah kaw-kaw! Jadi jangan lupa ke Steam sekarang ok!

Tags: steam
Previous Post

Razer Hammerhead True Wireless gen 2 dengan ciri Chroma RGB dan Active Noise Cancellation dilancarkan!

Next Post

One Piece: Penjelasan lengkap tentang jenis-jenis Haki!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
One Piece: Penjelasan lengkap tentang jenis-jenis Haki!

One Piece: Penjelasan lengkap tentang jenis-jenis Haki!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd