Sejak kebelakangan ini, ramai penerbit game antarabangsa membawa sokongan bahasa tempatan kepada game baharu mereka. Sudah tentu, usaha ini mendapat sambutan yang sangat positif di semua negara, terutamanya Asia Tenggara yang potensi pemasaran gaming sangat besar. Melihat peluang ini, Sony Interactive Entertainment rasmi akan menambah Bahasa Indonesia untuk game Marvel’s Spider-Man 2 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Maklumat ini datang daripada halaman PlayStation Store Indonesia di mana game Marvel’s Spider-Man 2 turut menyenaraikan Bahasa Indonesia sebagai salah satu bahasa yang disokong. Bukan itu sahaja, bahasa beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand dan Vietnam turut disokong. Malangnya, Bahasa Melayu tidak disokong lagi.
Ini berita bagus kerana ia bermakna penduduk Asia Tenggara boleh bermain game ini dalam bahasa yang mereka lebih selesa atau mudah difahami. Pada masa yang sama, Sony juga membuatkan game ini lebih mudah diakses bagi mereka yang kurang faham Bahasa Inggeris.
Seperti yang saya kata tadi, ini bukannya halnya yang mengejutkan kerana ramai syarikat penerbitan game antarabangsa telah menambah Bahasa Indonesia ke dalam game masing-masing. Cuma apa yang berbeza dalam hal ini adalah bahasa tersebut ditambah ke game eksklusif bertaraf AAA daripada Sony – yang jarang sekali berlaku.
Ini juga memberi petunjuk bahawa Sony serius untuk mempromosikan jenama PlayStation di pasaran Asia Tenggara. Malangnya, Malaysia masih belum dalam rancangan mereka daripada segi itu.
Memandangkan pasaran gaming Malaysia semakin berkembang dan didominasi oleh pelbagai platform termasuk konsol, PC dan Mobile, saya yakin negara kita akan masuk ke dalam rancangan PlayStation satu hari nanti sedangkan kita pun ada PlayStation Studios Malaysia yang ditubuhkan sejak 2021.
Marvel’s Spider-Man 2 bakal dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 pada 20 Oktober, jadi anda tidak perlu menunggu lama lagi untuk mencuba! Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi PlayStation Store.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Marvel’s Spider-Man 2, sila tekan pautan ini.
Sumber: Gamerwk
@gamersantaimy
Discussion about this post