Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2: Kaitan Venom dengan jalan cerita, info baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2: Kaitan Venom dengan jalan cerita, info baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada panel San Diego Comic-Con 2023, hari ini Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games telah mendedahkan info baharu tentang naratif Marvel’s Spider-Man 2, serta mengenalkan watak Venom secara rasmi.

Apakah kaitannya dengan jalan cerita kali ini? Anda boleh menonton dahulu story trailer di bawah untuk gambaran umum.

Menurut Jon Paquette (Pengarah Naratif Kanan Marvel’s Spider-Man 2);

“Peter Parker dan Miles Morales sedang bergelut dengan kehidupan peribadi masing-masing pada permulaan cerita.Miles cuba mencari masa untuk menulis esei bagi kemasukan kolejnya, tetapi dia sentiasa berlengah-lengah kerana terlalu memfokuskan pada kerja Spider-Man. Pada masa yang sama, Peter lewat membayar gadai janji untuk rumah Mak Cik May. Walaupun tahu dia terdesak duit, dia tidak sanggup menjual rumah itu kerana ia terlalu bermakna baginya.”

Kredit: PlayStation

“Sama seperti Miles, Peter pun cuba (dan gagal) untuk mencari keseimbangan dalam kehidupan dengan begitu banyak tanggungjawab. MJ (Mary Jane) mahu membantu Peter dengan gadai janji, tetapi kerjayanya kini bermasalah dengan kepulangan J. Jonah Jameson di Daily Bugle. Kedua-dua hero kami menghadapi masa depan yang tidak menentu, dan terpaksa membuat beberapa keputusan sukar pada masa akan datang.”

Kredit: PlayStation

“Apabila askar Kraven tiba, ia menimbulkan misteri mengapa mereka berada di sana dan siapa(atau apa) yang mereka memburu. Tetapi apabila kedua Spider-Man dan MJ menyiasat lebih dalam tentang rancangan Kraven, symbiote Venom mula mengancam New York dan kehidupan semua orang yang mereka sayangi dalam kisah Spider-Man 2.”

Kredit: PlayStation

“Seperti yang anda perhatikan dalam trailer sebelum, sut Symbiote baharu Peter telah mempengaruhi personalitinya sambil memberi abiliti dan kebolehan baharu yang lebih berkuasa. Anda boleh melihat perkara itu dalam trailer di atas, di mana kuasa Symbiote Peter telah menjejaskan hubungannya dengan Miles, MJ dan Harry Osborn (rakan baik Peter).”


Bagi mereka yang berminat, Marvel’s Spider-Man 2 kini tersedia untuk pre-order di PlayStation Store dan pengedar terpilih. Game ini akan dikeluarkan pada 20 Oktober, hanya di PS5.

Kredit: PlayStation

Pada masa yang sama, Insomniac Games dan PlayStation turut mengumumkan bahawa Marvel’s Spider-Man 2 Limited Edition Bundle, yang termasuk PS5 console cover, PS5 Digital Edition cover, dan DualSense wireless controller. Bundle ini akan dikeluarkan pada 15 September manakala pre-order untuk bundle ini bermula pada 28 Julai. Info penuh boleh dibaca di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel’s Spider-Man 2Venom
ShareTweetSend
Previous Post

Armored Core VI Fires of Rubicon Tampil Dengan Trailer CGI Baharu!

Next Post

Trailer Rasmi The Marvels didedahkan, Bakal tiba di Malaysia pada 9 November nanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Filem Superman (2025) – Tidak Lagi Suram, Masa Depan Warna-Warni Di Bawah James Gunn!
Review

Reviu Filem Superman (2025) – Tidak Lagi Suram, Masa Depan Warna-Warni Di Bawah James Gunn!

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
Next Post
Trailer Rasmi The Marvels didedahkan, Bakal tiba di Malaysia pada 9 November nanti!

Trailer Rasmi The Marvels didedahkan, Bakal tiba di Malaysia pada 9 November nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd