Bandai Namco Entertainment dan FromSoftware telah mendedahkan trailer baharu untuk game Armored Core VI Fires of Rubicon, yang memaparkan kisah untuk game tersebut. Dalam trailer tersebut, pemain akan melihat sebuah dunia yang mengasyikkan serta berbahaya di Rubicon 3.
Saksikan Walter’s Hounds menjalankan misinya dalam lihat peristiwa yang membawa kepada permulaan Armored Core VI Fires of Rubicon. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Untuk pengetahuan anda, game ini merupakan entri terbaru untuk siri Armored Core oleh FromSoftware, pembangun di sebalik Elden Ring dan Dark Souls. Game ini akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos 2023 secara global.

Jalan cerita
“Sejenis bahan misteri ditemui di planet terpencil, Rubicon 3. Sebagai sumber tenaga, bahan ini dijangka dapat memajukan keupayaan teknologi dan komunikasi manusia secara mendadak. Sebaliknya, bahan ini menyebabkan malapetaka yang melanda planet dan bintang di sekelilingnya dengan api dan ribut, lalu membentuk Burning Star System.”
“Hampir setengah abad kemudian, bahan yang sama muncul semula pada Rubicon 3, sebuah planet yang kini tercemar oleh malapetaka itu.”
“Korporasi luar angkasa dan kumpulan penentang berjuang untuk mengawal bahan tersebut. Di sini, pemain akan menyusup masuk ke Rubicon sebagai tentera upahan dan bergelut untuk memperoleh bahan tersebut sebelum diambil korporasi dan puak lain.”

Dalam Armored Core VI Fires of Rubicon, pemain akan alami aksi penuh mecha yang dinamik termasuklah omni-directional battle, customization yang mendalam dan juga pertarungan boss yang sengit! Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One (semuanya harga RM249) dan PC melalui Steam (berharga RM199) pada 25 Ogos.
Game sudah tersedia untuk pra-tempah melalui platform masing-masing. Lawati laman web rasmi game untuk dapatkan maklumat lanjut. Untuk mendapatkan berita menarik tentang Armored Core daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post