Hari indah untuk peminat Spidey kerana hari ini, PlayStation dan Insomniac Games akhirnya telah menunjukkan gameplay rasmi pertama untuk Marvel’s Spider-Man 2, yang akan dilancarkan pada Musim Luruh 2023 (September hingga Disember). Sebagai peminat besar, ada banyak perkara yang perlu dibincangkan, jadi berikut adalah isinya!
Anda boleh tonton dahulu trailer gameplay di atas untuk gambaran umum:
Kemunculan Kraven the Hunter

Pasti ramai yang perasan; Kraven the Hunter membuat penampilan debutnya dalam Marvel’s Spider-Man 2 dan dia sedang mencari musuh yang sama taraf dengan skilnya. Disebabkan itu, dia mula tertarik dengan New York yang menghuni dua Spider-Men kita, Peter Parker dan Miles Morales, serta beberapa penjahat ikonik Marvel.
Di permulaan trailer, kami dapat melihat bahawa Kraven the Hunter telah membawa organisasi pemburunya, yang sedang sibuk mencari/mengejar Dr. Curt Connors, AKA The Lizard, tetapi Peter tidak akan mengendahkan perkara ini dan perlu menghalang Kraven. Dia tiba di rumah Connors di East River, Queens, salah satu kawasan baharu yang boleh dimainkan dan boleh diterokai dalam Marvel’s Spider-Man 2.
Peter Parker memakai sut Symbiote

Peter Parker tiba sahaja di rumah Connors dan mengejutkan sekali, dia sedang memakai sut Symbiote, ikonik dan digemari oleh peminat komik!
Selain daripada penampilan baharu, sut Symbiote ini juga memperkenalkan gaya pertempuran baharu. Kini lebih agresif, sut Symbiote dapat mengeluarkan sesungut yang boleh menangkap, membaling atau menghempas musuh serta membuatkan pergerakan Spidey lebih lincah seperti “haiwan”. Semua skillset dahulu telah diganti dengan animasi baharu memakai sut Symbiote, termasuk kombo yang kita terbiasa dalam game pertama. Jadi jangan harap anda bermain Peter Parker yang sama.
Bak kata Insomniac Games, mereka ingin memberi penghormatan kepada Black Suit dan benar-benar telah menyelidik hubungan peribadi Peter dengan Symbiote untuk menunjukkan bagaimana ia memberi kesan kepada orang sekeliling.

Gameplay bertukar ke Miles Morales

Buat mereka yang tidak tahu, sekuel ini menampilkan dua Spider-Man yang boleh dimainkan, di mana Miles Morales kembali dalam sekuel dan juga adalah salah satu watak penting dalam kisah kali ini. Dalam video ini, Miles berada di Harlem sedang mencari Lizard, selepas dihubungi oleh Peter.
Kita akhirnya dapat melihat bagaimana pemain boleh bertukar ganti antara kedua-dua watak. Rupanya, pemain boleh berganti Spider-Man bergantung pada jalan cerita (atau semasa free roam barangkali). Jadi dalam adegan ini, kita melihat bagaimana Miles pula beraksi.

Pertama sekali, dia dapat upgrade besar daripada aspek penjelajahan (traversal). Menggunakan Web Wings, dia dapat “bergerak “terbang” (lebih tepat adalah glide) di sekitar bandar dengan pantas. Sayap yang diperbuat daripada sawang ini membenarkannya melayang melepasi hutan konkrit, di bandar untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat.
Bukan itu sahaja, Web Wings boleh digunakan oleh kedua-dua Spider-Man.
Aksi stealth dan abiliti baharu

Tidak lama selepas itu, Miles berjaya menjejaki Connor di dalam Harlem Fish Market. Malangnya, organisasi Kraven telah tiba dahulu, jadi dia perlu menewaskan mereka untuk mencari Connors.
Seperti game pertama, pemain boleh menyelesaikan sama ada secara stealth atau berdepan (dan kombinasi kedua-duanya). Walauapapun pendekatan anda, terdapat banyak gajet dan abiliti baharu untuk melengkapkan kedua-dua gaya permainan.

Salah satu gajet baru ialah Web Line; satu cara baharu untuk menyelinap di sekitar persekitaran untuk menewaskan musuh. Pemain boleh menembak satu tali sawang ke atas beberapa Hunter, menyelinap di atas mereka dan melakukan “dual takedown” buat kali pertama (menewaskan dua musuh secara senyap, game pertama tiada ciri ini). Kedua-dua Spider-Man boleh melakukan pergerakan ini.
Seperti Peter ada sut Symbiote, Miles Morales pun ada beberapa abiliti dan gajet baharu. Untuk gajet, dia mempunyai Web Grabber – yang dapat menarik musuh bersama-sama ke tempat yang disasarkan. Ini membolehkan Miles melakukan kombo dengan satu abiliti baharunya, Thunder Burst, di mana dia melancarkan tumbukan elektrik terhadap sekumpulan musuh. Gameplay juga menampilkan abiliti Chain Lightning, yang merenjat mana-mana musuh berdekatan.

Bersama abiliti Symbiote milik Peter dan kuasa bioelektrik biru Miles, setiap Spider-Man mempunyai set kemahiran unik sendiri yang boleh ditingkatkan melalui skill tree serba baharu. Selain skill tree individu, kedua-dua Spider-Man berkongsi satu skill tree sama yang menawarkan upgrade selari untuk beberapa abiliti dan gajet khusus.
The Lizard

Peter dan Miles kemudian mengejar Lizard dan melawan Hunter yang ingin menangkapnya. Namun, ternyata Kraven serba lengkap kerana dia memiliki bot tentera, kapal udara militari dan sejumlah senjata khas. “Pemburuan” ini diteruskan di sepanjang East River, salah satu kawasan baharu dalam Marvel’s Spider-Man 2, di mana kami dapat melihat rupa Lizard buat kali pertama.

Buat masa ini, itu sahaja info yang kami ada tentang gameplay Marvel’s Spider-Man 2. Bakal keluar pada Musim Luruh 2023 (September-Disember), tarikh keluaran tepat tidak didedahkan tetapi Insomniac Games berjanji akan memberi maklumat penting tidak lama lagi, termasuk info tentang edisi dan prapesan.
Baca segala berita kami tentang Marvel’s Spider-Man 2 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post