Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Buka Tempahan Untuk ProArt P14 & P16 – Dikuasakan RTX Spark, Harga RM29,999

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2026
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS Buka Tempahan Untuk ProArt P14 & P16 – Dikuasakan RTX Spark, Harga RM29,999
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia telah membuka tempahan awal untuk dua laptop flagship bagi pencipta kandungan AI, iaitu ProArt P14 (H7407) dan ProArt P16 (H7607).

Tempahan awal di Malaysia dibuka bermula hari ini, 8 Oktober hingga 31 Oktober 2026, secara eksklusif di ASUS Malaysia e-Store. Kedua-dua model 14-inci dan 16-inci ini dijual pada harga RM29,999 setiap satu.

Sempena pelancaran, pembeli awal akan menerima monitor ProArt Display OLED PA279CDV bernilai RM4,250 secara percuma, sementara stok masih ada.

Kekuatan utama kedua-dua model ini ialah cip NVIDIA RTX Spark Superchip, yang menggabungkan pemproses 20-core NVIDIA Grace kepada GPU RTX generasi Blackwell (6,144 teras) menggunakan sambungan pantas NVLink-C2C. Gabungan ini menghasilkan prestasi pemprosesan AI sehingga 1 petaflop untuk format FP4.

Ia turut dipadankan dengan unified memory LPDDR5X sebesar 128GB yang dikongsi antara CPU dan GPU. Bagi pengguna yang bekerja dengan AI generatif, saiz memori ini menyelesaikan masalah kekangan VRAM yang sering berlaku pada laptop biasa.

Anda boleh menjalankan model bahasa yang besar, susunan nod kompleks dalam ComfyUI, serta model penjanaan imej dan video yang berat seperti FLUX dan Wan terus pada laptop.

Oleh kerana semua proses berjalan dalam peranti sendiri, anda tidak perlu membayar kos langganan cloud bulanan, jimat caj token API, dan data projek sulit kekal selamat tanpa perlu dimuat naik ke internet.

ASUS turut memasang perisian sedia ada bagi memudahkan kerja-kerja AI ini. Laptop ini menyokong platform sumber terbuka Hermes Agent daripada Nous Research untuk mengautomasikan kerja desktop dan skrip.

Turut disertakan ialah ASUS MuseTree untuk jana idea visual, StoryCube untuk susun fail media secara pintar, dan pembantu maya terbina Zenni Claw.

Ketepatan warna pun menjadi fokus utama siri ProArt. Kedua-dua model menggunakan skrin sentuh ASUS Lumina Pro OLED dengan sokongan stylus, refresh rate 120Hz, masa tindak balas pantas 0.2ms, dan ketepatan warna Delta E < 1 yang sudah siap ditentukur dari kilang.

ProArt P16 menggunakan skrin OLED 16.0-inci (16:10) dengan resolusi UHD+ (3840 x 2400), kecerahan puncak HDR sehingga 1,600 nits, dan sokongan NVIDIA G-Sync VRR. Manakala ProArt P14 hadir dengan skrin OLED 14.0-inci 3K (2880 x 1800) dengan kecerahan puncak HDR sehingga 1,100 nits.

Kedua-dua skrin dilengkapi salutan anti-pantulan untuk mengurangkan silau jika anda bekerja di bawah lampu terang atau di luar bangunan.

Walaupun spesifikasinya tinggi, kedua-dua komputer laptop ini masih nipis dan mudah dibawa. Badan laptop diperbuat daripada logam CNC dengan pilihan warna Nano Black dan Neo White. ProArt P14 mempunyai berat 1.48kg dan tebal 13.9mm, manakala ProArt P16 berketebalan 12.9mm dengan berat 1.77kg.

Baterinya juga bersaiz besar. Model P14 menggunakan bateri 90Wh, manakala model P16 dilengkapi bateri 99Wh, iaitu had maksimum yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Kedua-duanya dicas menggunakan adapter USB-C 140W.

Untuk storan, kedua-dua model datang dengan 1TB PCIe 4.0 NVMe SSD. Jika mahu tambah storan kemudian hari, P16 menyediakan satu slot kosong tambahan yang menyokong sehingga PCIe 5.0 x4, manakala P14 mempunyai satu slot kosong PCIe 4.0.

Pilihan port sambungan juga lengkap tanpa memerlukan dongle tambahan. Laptop ini menyediakan tiga port pantas USB4 (40Gbps) yang menyokong pengecasan dan paparan monitor, satu port USB 3.2 Gen 2 Type-A, port saiz penuh HDMI 2.1, serta bicu audio 3.5mm.

Jurugambar dan jurukamera turut mendapat pembaca kad SD dalaman, iaitu slot pantas SD Express 7.0 pada P16 dan slot SD 4.0 pada P14. Bagi sambungan tanpa wayar, ia dilengkapi Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4.

Seperti kami kata tadi, kedua-dua ASUS ProArt P14 dan ProArt P16 dijual pada harga RM29,999 setiap satu.

Selain hadiah percuma monitor ProArt OLED bernilai RM4,250 untuk tempahan awal, setiap pembelian turut disertakan ProArt Mouse MD301 dan sarung pelindung.

ASUS juga menyediakan pakej perisian lengkap, termasuk lesen kekal Microsoft Home & Student 2024, langganan 1 tahun Microsoft 365 Basic, 3 bulan Adobe Creative Cloud All Apps, 3 bulan Google AI Pro, 6 bulan Dropbox 500GB, dan 1 tahun ASUS Secure Auto-Backup (200GB).

Dari segi sokongan waranti, kedua-dua model dilindungi International Warranty selama 2 tahun dan ASUS Perfect Warranty selama 2 tahun yang melindungi daripada kerosakan akibat kemalangan.

Tempahan awal boleh dibuat sehingga 31 Oktober 2026 melalui laman rasmi ASUS Malaysia e-Store.

  • ProArt P14 (H7407)
  • ProArt P16 (H7607)
Tags: ASUS ProArt P14ASUS ProArt P16
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Expansion Sejuk di Norgan, Tapi Cukup ‘Hangat’ Dengan Aksi

Next Post

MARVEL Tōkon: Fighting Souls – Phoenix Cyclops Sebagai Watak DLC Pertama Akan Tiba 2 November

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
MARVEL Tōkon: Fighting Souls – Phoenix Cyclops Sebagai Watak DLC Pertama Akan Tiba 2 November

MARVEL Tōkon: Fighting Souls - Phoenix Cyclops Sebagai Watak DLC Pertama Akan Tiba 2 November

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd