Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mari Berlumba Dengan Happy Meal Mario Kart di McDonald’s Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2024
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Mari Berlumba Dengan Happy Meal Mario Kart di McDonald’s Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hidupkan enjin! McDonald’s Malaysia membawa keseronokan dari game Mario Kart 8 Deluxe terus ke Happy Meal anda. Bermula 29 November, setiap pembelian Happy Meal akan disertakan dengan mainan Mario Kart percuma, khas untuk kanak-kanak dan pengumpul mainan.

Kredit: Digital Braves

Promosi eksklusif ini menawarkan 10 mainan koleksi, termasuk watak kegemaran seperti Mario, Luigi, dan Donkey Kong. Tambahan pula, ada dua rekaan edisi khas: Gold Mario Kart dan Pink Gold Peach Kart. Berikut adalah jadual keluaran mainan:

  • 29 November: Luigi Kart dan Donkey Kong Kart
  • 5 Disember: Bowser Kart, Yoshi Kart, dan Peach Kart
  • 12 Disember: Toadette Kart dan Toad Kart
  • 19 Disember: Edisi Khas Gold Mario Kart, Pink Gold Peach Kart, dan Mario Kart
Kredit: Digital Braves

Setiap Happy Meal mengandungi satu mainan secara rawak, jadi jangan lupa untuk kembali setiap minggu bagi melengkapkan koleksi anda! Anda boleh mendapatkan Happy Meal Mario Kart melalui:

  • Makan di Restoran
  • McDelivery
  • Pandu Lalu

Malangnya kami juga ada berita buruk. Disebabkan permintaan yang tinggi di beberapa cawangan, McDonald’s Malaysia memaklumkan bahawa mainan Mario Kart kini kehabisan stok. Dalam tempoh ini, Happy Meal akan disertakan dengan pengganti. McDonald’s memohon maaf atas kesulitan ini dan menghargai kesabaran serta sokongan pelanggan.

Kredit: Digital Braves

Sekali lagi saya ingatkan, promosi Happy Meal ini hanya tersedia sementara stok masih ada, jadi jangan tunggu lama!

Tags: mario kartMcDonald’s Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Racing: CrossWorlds Diumumkan, Bakal Berlumba Di Pelbagai Platform!

Next Post

Konami Umum Senarai Game Untuk “Yu-Gi-Oh! Early Days Collection” – 14 Tajuk Dalam Satu Bundle!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Konami Umum Senarai Game Untuk “Yu-Gi-Oh! Early Days Collection” – 14 Tajuk Dalam Satu Bundle!

Konami Umum Senarai Game Untuk "Yu-Gi-Oh! Early Days Collection" - 14 Tajuk Dalam Satu Bundle!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd