Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MAPPA Pilih Netflix Sebagai Platform Eksklusif Untuk Anime Original Akan Datang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
MAPPA Pilih Netflix Sebagai Platform Eksklusif Untuk Anime Original Akan Datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix mengumumkan satu kerjasama baharu dengan studio animasi gergasi, MAPPA. Perjanjian ini menjadikan Netflix sebagai penyiar eksklusif global untuk beberapa anime original akan datang daripada studio tersebut, sekaligus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua syarikat ke tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Walaupun Netflix pernah menyiarkan kandungan MAPPA sebelum ini, kerjasama baharu ini menandakan perubahan besar dalam cara kedua-dua pihak beroperasi.

Menurut pengumuman tersebut, kerjasama ini merangkumi keseluruhan spektrum kreatif dan perniagaan, membolehkan mereka membangunkan projek bersama “bermula daripada pembangunan jalan cerita sehinggalah kepada barangan cenderamata.”

Langkah ini melangkaui model pelesenan biasa, memberikan Netflix peluang untuk terlibat secara langsung dalam penghasilan harta intelek baharu, manakala MAPPA pula mendapat akses kepada platform global yang kukuh sejak hari pertama.

Walaupun MAPPA terkenal dengan karya-karya gergasi global seperti Jujutsu Kaisen dan Attack on Titan—yang disiarkan di Netflix serta platform lain—platform penstriman tersebut baru-baru ini berjaya mendapatkan hak eksklusif untuk beberapa judul utama.

Ini termasuk versi remake 2024 bagi Ranma ½, Kakegurui Twin, filem maboroshi, serta adaptasi The Rose of Versailles yang amat dinanti-nantikan.

Di bawah perjanjian baharu ini, kesemua judul akan datang yang dibangunkan melalui kerjasama ini akan disiarkan secara eksklusif dan serentak di Netflix di lebih 190 buah negara.

Walaupun tiada judul baharu yang didedahkan secara khusus semasa pengumuman tersebut, kedua-dua syarikat mengesahkan bahawa ada pelbagai projek yang kini sedang dalam fasa pembangunan.

Tags: MAPPAnetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Life is Strange: Reunion Akan Datang Mac 2026, Max & Chloe Akhirnya Bertemu Semula

Next Post

Reviu Final Fantasy VII Remake Intergrade (Nintendo Switch 2) – Permata Baharu untuk Peminat Handheld!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Reviu Final Fantasy VII Remake Intergrade (Nintendo Switch 2) – Permata Baharu untuk Peminat Handheld!

Reviu Final Fantasy VII Remake Intergrade (Nintendo Switch 2) - Permata Baharu untuk Peminat Handheld!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd