Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Sakamoto Days Kini Memasuki Arc ‘Final Battle,’ Semakin Hampir Dengan Penghujungnya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Sakamoto Days Kini Memasuki Arc ‘Final Battle,’ Semakin Hampir Dengan Penghujungnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah bekas pembunuh upahan legenda, Taro Sakamoto, bakal tiba di kemuncaknya. Pengumuman rasmi ini dibuat menerusi majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha edisi ke-35 pada 28 Julai 2025, yang mengesahkan bahawa siri manga popular karya Yuto Suzuki, Sakamoto Days, akan memulakan arc “Final Battle”.

Arc baharu ini akan bermula menerusi Bab 224, yang bakal diterbitkan dalam edisi gabungan majalah itu, iaitu isu #36/37 pada 4 Ogos 2025.

SAKAMOTO DAYS by Yuto Suzuki is entering its 'Final Battle' starting next week in Weekly Shonen Jump Issue #36/37. pic.twitter.com/a5v1IVzDMz

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) July 24, 2025

Pengumuman ini hadir tepat pada masanya, ketika siri ini berada di kemuncak penceritaannya. Dalam perkembangan terkini, watak utama, Taro Sakamoto, berada dalam keadaan parah dan bertarung nyawa selepas mengharungi satu pertempuran yang dahsyat.

Situasi ini membuka pentas untuk pertarungan penentu menentang musuh utamanya, Kei Uzuki (atau Slur), bersama organisasinya yang penuh misteri.

Sakamoto Days, yang mula disirikan pada November 2020, mengisahkan tentang Taro Sakamoto, seorang bekas pembunuh upahan paling disegani yang bersara dari dunia gelap demi membina keluarga bersama isterinya, Aoi, dan menguruskan sebuah kedai runcit.

Walaupun dia cuba menjalani kehidupan normal sebagai suami dan bapa, bayangan masa lalunya sentiasa mengekori, memaksanya melindungi keluarga daripada ancaman dunia lama sambil berpegang teguh pada sumpahnya untuk tidak membunuh.

Siri ini telah mencapai kejayaan luar biasa, dengan lebih 12 juta salinan terjual dan 22 jilid tankōbon diterbitkan setakat Jun 2025.

Walaupun istilah “Final Battle” memberi isyarat bahawa manga Sakamoto Days sedang menuju ke penghujungnya, masih belum ada tarikh penamat rasmi yang diumumkan. Ramai peminat meramalkan arc ini mungkin akan berjalan untuk tempoh yang agak lama.

Ini kerana arc terakhir dalam siri shonen popular lazimnya mengambil masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun, bagi memastikan pengakhiran yang lengkap dan memuaskan hati semua.

Bagi pembaca yang ingin mengikuti siri ini sebelum pertarungan kemuncak bermula, terjemahan rasmi dalam bahasa Inggeris boleh didapati di platform Manga Plus oleh Shueisha. Bab 223, iaitu bab sebelum arc baharu ini, juga sudah boleh dibaca di platform tersebut.

Tags: Sakamoto Days
ShareTweetSend
Previous Post

Mario dan Peach “Hanya Kawan Baik” Menurut Nintendo, Rupanya Kena ‘Friend Zone’ Selama Ini

Next Post

Les’ Copaque & Streamline Mempertahankan Nilai Harga Upin & Ipin Universe, Turut Menjawab Isu Streaming!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Les’ Copaque & Streamline Mempertahankan Nilai Harga Upin & Ipin Universe, Turut Menjawab Isu Streaming!

Les' Copaque & Streamline Mempertahankan Nilai Harga Upin & Ipin Universe, Turut Menjawab Isu Streaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd