Bab terakhir manga Fire Force oleh Atsushi Okubo sudah dikeluarkan secara rasmi di Jepun dan akhirnya siri ini berakhir selepas 7 tahun diterbitkan dalam Weekly Shonen Magazine Apa yang orang ramai tidak sangka ialah Fire Force sebenarnya merupakan prekuel kepada satu lagi manga popular oleh pencipta yang sama, iaitu Soul Eater.
Dalam bab ke-303 berjudul “A World Without Spontaneous Human Combustion” (ini bukan bab terakhir), kita diperkenalkan kepada seorang watak bernama Excalibur. Dalam dunia Soul Eater, Excalibur ialah watak terkenal dan merupakan pedang legenda yang hidup sejak 800 tahun dahulu. Sudah tentu, kemunculan Excalibur belum mengesahkan apa-apa berita rasmi dan ini mungkin seperti kes Happy yang muncul di Fairy Tail dan juga Eden Zero tetapi merupakan watak berbeza.
Tetapi segala didedahkan dalam bab terakhir iaitu “bab 304: A Hero’s Tale”. Pertama sekali, kita dapat melihat Inca Kasugatani yang gelar dirinya sebagai “witch”. Disebabkan ini bukan lagi teori, Inca terbukti adalah witch pertama dalam sejarah Soul Eater kerana “witch” merupakan musuh utama dalam siri tersebut.
Ini bukanlah kejutan paling terbesar kerana di beberapa muka surat terakhir Fire Force bab 304, kita dapat melihat watak-watak utama Soul Eater ketika masing-masing masih muda. Maka Albarn, Soul Evans, Death the Kid dan Black Star semuanya mempunyai cameo di penghujung Fire Force dan memang susah lah untuk kita salah anggap kerana reka bentuk mereka yang unik. Okubo pun berkata di halaman akhir – “Next is Soul World”- jadi memang sah ini adalah rujukan kepada Soul Eater.
Ini bukan kali pertama peminat manga menemui persamaan antara kedua-dua manga, cuma akhirnya kita dapat jawapan rasmi daripada pelukis sendiri. Bagi mengucapkan tahniah kepada Okubo, mangaka lain dari Weekly Shonen Magazine termasuk George Morikawa (Hajime no Ippo), Nakaba Suzuki (The Seven Deadly Sins), Hiromu Arakawa (Fullmetal Alchemist), Hiro Mashima (Fairy Tail) dan Ken Wakui (Tokyo Revengers) melukis ilustrasi istimewa sempena watak Fire Force.
Atsushi Okubo mencipta Soul Eater dahulu, di mana manga itu mempunyai jumlah total 113 bab yang dikumpul kepada 25 jilid. Ia diterbitkan dalam Monthly Shonen Magazine oleh Square Enix dari Mei 2004 hingga Ogos 2013. Seterusnya, Fire Force diterbitkan dalam Weekly Shonen Magazine oleh Kodansha sejak September 2015, dengan jumlah total 32 jilid buat masa ini.
Untuk segala liputan kami tentang manga, sila tekan pautan ini.
Sumber – Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post