Siri Attack on Titan sememangnya salah satu siri yang popular dalam komuniti anime dan manga. Sejak musim pertama anime ditayangkan pada 2013, ia telah menarik perhatian ramai peminat sehingga sekarang. Kini, siri tersebut sudah hampir ke penamatnya dengan tayangan Attack on Titan Final Season Part 3 pada hujung tahun ini. Tetapi ada sesuatu yang baharu mengenai siri ini telah didedahkan oleh pelukis manga Attack on Titan, Hajime Isayama! Jom kami cerita secara ringkas kepada anda.
Pada 23 Jun yang lalu, penerbit manga terkenal Kodansha telah melakukan livestream sempena pelancaran platform manga terbaharu mereka iaitu K Manga. Dalam livestream tersebut, terdapat beberapa pelukis manga yang turut sertai livestream seperti Hiro Mashima, pelukis Fairy Tail dan Reiji Miyajima, pelukis Rent-A-Girlfriend. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga temu ramah khas bersama Hajime Isayama, pelukis Attack on Titan.
Dalam temu ramah tersebut, Isayama telah mendedahkan bahawa manga Attack on Titan sepatutnya berakhir dalam dua jilid sahaja. Dia menyatakan bahawa semasa peringkat awal penerbitan siri tersebut, dia rasa tidak pasti jika siri tersebut akan bersambung ataupun tidak.
Walaupun begitu, dia mendedahkan bahawa dia sudah mempunyai outline untuk penamat siri itu sejak awal lagi. Ia tidaklah begitu terperinci dan Isayama turut menambah elemen pada cerita setiap bulan.
Dengan populariti siri semakin meningkat, Isayama mendedahkan bahawa dia buntu untuk menghasilkan penamat Attack on Titan. Walaupun begitu, semakin dia menulis cerita untuk siri itu, dia akhirnya dapat mencapai visi awalnya untuk siri tersebut. Jadi begitulah penamat Attack on Titan tercipta.
Walaupun penamat siri itu menerima pelbagai reaksi oleh peminat, ia masih lagi sebuah siri hebat yang diminati ramai. Siri anime juga semakin menghampiri penamatnya. Jadi kita tunggu sahaja ia ditayangkan nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Attack on Titan, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post