Game baharu oleh Bethesda, Starfield akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk meneroka kesemua planet serta dunia luas game tersebut. Kalau anda pemain PC, kenalah lihat dahulu jika PC anda boleh main atau tidak game ini. Anda boleh rujuk spesifikasi rasmi PC untuk bermain Starfield di bawah.
Minimum | Disyorkan | |
OS | Windows 10 version 21H1 (10.0.19043) | Windows 10/11 dengan update |
Processor | AMD Ryzen 5 2600X, Intel Core i7-6800K | AMD Ryzen 5 3600X, Intel i5-10600K |
Memori | 16 GB RAM | 16 GB RAM |
GPU | AMD Radeon RX 5700, NVIDIA GeForce 1070 Ti | AMD Radeon RX 6800 XT, NVIDIA GeForce RTX 2080 |
DirectX | Version 12 | Version 12 |
Storan | 125 GB *SSD Diperlukan | 125 GB *SSD Diperlukan |
Melalui forum ResetEra, dilaporkan bahawa saiz game Starfield untuk Xbox dan PC untuk pelancaran telah pun didedahkan. Jika dilihat semula pada spesifikasi storan di atas, pemain PC memerlukan sekurang-kurangnya 125 GB untuk install game tersebut. Tetapi anda mungkin perlukan saiz storan yang sedikit besar daripada itu kerana data daripada forum tersebut menunjukkan saiz yang lebih besar daripada yang disyorkan. Berikut adalah saiz game yang telah didedahkan untuk setiap platform:
- PC: 139.84 GB
- Xbox: 126.1 GB
Boleh tahan besar juga saiz game Starfield. Nasib baik kita boleh preload dahulu game sebelum ia dilancarkan. Bolehlah kita muat turun lebih awal dan bersedia untuk terus main nanti. Tarikh untuk preload juga berbeza mengikut platform. Bethesda telah mengumumkan bahawa Starfield boleh preload bermula 17 Ogos untuk pemain Xbox Series. Manakala pemain di PC boleh mula preload pada 30 Ogos nanti.
Starfield akan dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2023. Pre-order untuk game sudah pun tersedia. Terdapat dua versi yang anda boleh beli iaitu Standard dan Digital Premium Edition. Kalau anda memiliki Digital Premium Edition, anda berpeluang untuk bermain game itu lima hari lebih awal!
Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post