Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Game Sukan Terbaik Untuk Anda yang Gilakan Bola Sepak!

Maira by Maira
August 16, 2023
in Artikel, Berita, Game, Senarai
0 0
0
Barisan Game Sukan Terbaik Untuk Anda yang Gilakan Bola Sepak!
Share on FacebookShare on Twitter

Bola sepak merupakan salah satu sukan popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dengan dunia digital semakin berkembang, bola sepak bukan sahaja boleh dimainkan di padang tetapi kini boleh dimainkan melalui game. Kami telah menyenaraikan beberapa game bola sepak popular di pelbagai platform. Tanpa membuang masa, jom kita lihat game tersebut!

FIFA 23/ FIFA Soccer

Sumber: EA Sports

Salah satu game bola sepak popular yang dibangunkan oleh EA Sports. Ini merupakan entri terakhir oleh EA Sports untuk tajuk “FIFA” kerana selepas ini ia akan ditukar kepada EA Sports FC untuk versi konsol, PC dan mobile. Walaupun begitu, game FIFA yang terdahulu masih boleh dimainkan melalui platform masing-masing! FIFA 23 tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC. FIFA Mobile pula tersedia untuk iOS dan Mobile.

eFootball

Sumber: Konami

eFootball merupakan game percuma yang diterbitkan oleh Konami. Sebelum ini, game tersebut dikenali sebagai Pro Evolution Soccer (PES) sebelum dijenamakan sebagai eFootball pada 2021. Ianya tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, PC dan mobile (iOS dan Android).

Rocket League

Sumber: Psyonix

Walaupun bermain sebagai kereta tetapi ia masih mempunyai asas yang sama, di mana anda perlu menjaringkan bola ke dalam gol. Ia sememangnya idea unik yang membawa keseronokan bola sepak dengan persembahan yang berlainan. Rocket League tersedia secara percuma untuk dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Captain Tsubasa Dream Team

Sumber: Klab Games

Kalau anda peminat anime, anda mungkin mengenali siri Captain Tsubasa. Kalau anda ingin tahu, game mobile Captain Tsubasa Dream Team antara game bola sepak yang menjana pendapatan yang tinggi selain FIFA Mobile dan eFootball. Anda juga boleh bermain menggunakan watak-watak ikonik daripada siri tersebut. Game ini percuma untuk dimainkan pada peranti iOS dan Android.

Nintendo Switch Sports

Sumber: Nintendo

Kalau anda pemain Switch, anda juga boleh nikmati game bola sepak melalui Nintendo Switch Sports. Bukan sahaja anda boleh bermain menggunakan joycon sahaja, anda juga boleh menggerakkan badan untuk mainkan game ini.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Game bola sepak mana yang anda selalu mainkan? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan berita menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakGame Bola SepakSoccer
ShareTweetSend
Previous Post

Ujian beta Mortal Kombat 1 bermula 18-21 Ogos! Khas untuk mereka yang pre-order!

Next Post

Mampukah PC Anda Bermain STARFIELD? Info Spec Penuh & Tarikh Preload!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Mampukah PC Anda Bermain STARFIELD? Info Spec Penuh & Tarikh Preload!

Mampukah PC Anda Bermain STARFIELD? Info Spec Penuh & Tarikh Preload!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd