Konsol PlayStation 5 yang dinanti-nantikan secara rasmi dilancarkan di Malaysia hari ini pada Jumaat, 11 Disember 2020, dan di Gamer Santai mendapat peluang untuk membuat unboxing bagi salah satu konsol generasi paling diingini oleh Sony. Pra-pesanan untuk PS5 pertama kali dibuka di Malaysia pada 11 November, dengan dua model iaitu:
- PlayStation5 (dengan pemacu BluRay) – RM2,299
- PlayStation 5 Digital Edition – RM1,869.00
Beberapa pengedar rasmi Malaysia termasuk Impulse Gaming, Heavy Arm, dan lain-lain telah habis menjual semua unit dalam masa kurang daripada 24 jam setelah membuka pra-pesanan tetapi kami antara individu bertuah yang berjaya mendapatkan konsol PS5 popular. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat isinya!
Tanggapan pertama untuk kotak
Konsol PS5 datang dalam kotak segi empat besar yang dihiasi dengan reka bentuk putih, biru, dan hitam dengan pemegang di bahagian atas. Gambar kecil konsol dan controller boleh dilihat di bahagian depan, kiri, dan belakang kotak.
Membuka kotaknya amat cepat dan mudah, dan kita hanya perlu membunag tiga pelekat di bahagian atas. Mengeluarkan konsol pula agak mencabar dalam posisi menegak, kerana saya mendapati tidak ada tempat untuk memegang di bahagian atas kotak.
Untuk mengelakkan PS5 rosak atau tercalar, kami membaringkan kotak di sisi untuk membolehkan konsol keluar dalam cara untuk mengelakkan ia jatuh. Perkara pertama untuk keluar adalah kotak yang lebih kecil. Saya pilih untuk abaikan kotak ini dahulu kerana ia jelas tidak mengandungi konsol. PS5 itu sendiri berada di belakang kotak tersebut, di mana ia terletak di antara dua keping kadbod dan dibungkus dengan plastik tebal demi perlindungan.
TADAHHH! Pandangan pertama kami untuk PS5
Kami terkejut dengan saiz konsol sebaik sahaja mengeluarkannya daripada bungkusan. Walaupun aspek ini telah dijelaskan dalam video lama dan ulasan media di seluruh dunia, saya masih terkejut, terutama dengan ketinggiannya yang berukuruan 39cm.
Bahagian tengah konsol mempunyai kemasan berkilat, manakala kedua-dua panel sisi mempunyai tekstur matte yang cantik. Di samping itu, satu logo PlayStation diletakkan di bahagian atas kiri panel putih, dan satu logo Sony diletakkan di bahagian depan panel kanan.
Sambungan I/O di bahagian belakang konsol mempunyai dua port USB 3.1 Type-A, port Ethernet RJ45, HDMI, dan input kuasa. Di bahagian depan terdapat sambungan USB-C, port USB 3.1 Type-A, ruang cakera BluRay, serta butang kuasa dan eject.
Saya tidak bersusah payah membaca arahan untuk “stand” yang disertakan, disebabkan ia cukup mudah untuk mencantumkannya ke konsol. Stand ini termasuk mekanisme berputar untuk mengawal ketinggian aras dengan tujuan khusus untuk mendirikan PS5 secara melintang.
Apabila memusingkan mekanisme pada arah berlawanan jam, aras akan jatuh supaya kita boleh gunakan konsol dalam kedudukan menegak. Untuk kedua-dua posisi, stand dipasang di bahagian belakang konsol dengan klip yang memegang sisi konsol.
Perasaan menyentuh Controller DualSense
Setelah mengagumi produk utama dalam pakej, kami membuka kotak aksesori. Ini mengandungi controller DualSense baru, kabel pengecasan USB-C, kabel kuasa, kabel HDMI, pedestal bulat, buku panduan, dan buku keselamatan umum.
Dengan saiz yang lebih memuatkan tangan secara semula jadi, kami mendapati controller DualSense amat selesa untuk dipegang. Sony telah menyimpan semua butang penting di tempat yang sama, tetapi mengubah butang PlayStation ke bentuk logo daripada menjadikannya butang bulat. DualSense juga menyokong fitur haptic feedback, dynamic adaptive trigger, 3D Audio, dan lain-lain, yang terbukti menjadi perhatian utama untuk generasi gaming kini.
Pendapat
Pada pendapat saya, PlayStation 5 adalah konsol yang cantik. Konsol ini juga sangat besar berbanding dengan PS4, di mana tingginya sekitar 10cm lebih tinggi daripada Xbox Series X. Reka bentuknya pula menepati cita rasa “gamers” dan walaupun ia kelihatan bergaya dan futuristik, rekaan konsol tidak terlalu menonjol sehingga mengganggu orang ramai.
Pengalaman unboxing secara keseluruhan amat biasa, dengan satu-satunya tarikan utama adalah konsol PS5 itu sendiri. Mujurlah, pengalaman unboxing ini hanyalah permulaan, dan kami tidak sabar untuk mengujinya untuk faham makna sebenar “gaming di generasi seterusnya“. Nantikan ulasan penuh kami ya!
Untuk segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila tekan di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post