Operation Grand Heist untuk Black Ops 4 telah pun berada kat PS4 minggu ni, minggu depan untuk Xbox One dan PC. Ia memperkenalkan tema police and thief (ataupun polis sentri) dengan penambahan Casino dan lockup sebagai map multiplayer baru untuk pemain yang beli Black Ops Pass.
Selain tu, ada jugak mode “One in the Chamber” party mode. Dalam mod ni pemain diberikan pistol, 1 peluru dan 3 nyawa. Setiap kali berjaya kill, dapat 1 peluru extra. Lawan sampai last one standing.
Outrider daripada Black Ops 3 juga membuat kemunculan dalam Black Ops 4 punya skilled specialist. Dia kembali dengan Sparrow Bow sebagai senjata specialist nya, dan equipment dia adalah drone yang boleh diposisikan untuk tanda musuh yang dalam line of sight nya.
Mode battle royale, Blackout juga menerima refresh yang sangat diperlukan. Ghost Town kini satu tempat yang best untuk loot, yang menyediakan persekitaran padang pasir yang terdapat dalam Black Ops 3 punya map DLC Outlaw; yang merupakan map Standoff Western dalam Black Ops 2.
Ada Contraband loot dalam Black Market yang boleh di rewardkan berdasarkan masa yang dihabiskan bermain multiplayer ataupun Blackout. Loot ini termasuk senjata baru Switchblade X9 submachine gun dan shotgun Rampage; fully automatic. Pemain Zombies pulak kena tunggu sampai Mac untuk dapat map DLC baru. Tapi kat map Classified ada Gauntlet baru “Death-Con Five”.
Semua update ni memang menarik dan best, tapi ia juga membawakan semula sistem loot box yang sengal ke dalam Call of Duty. Update ni mengubah Black Ops 4 punya loot reward system dimana pemain dapat reward dengan kurang bermain, dan memberikan option untuk guna duit untuk gamble. Pemain masih boleh main dan level up tiers Contraband streams tanpa membeli apa-apa, tapi sesetangah barang yang dicari ramai hanya boleh didapati dapam Reserve Cases.
Pada asalnya, cases ini disekalikan dalam Contraband stream sebagai “Reserves” yang boleh didapati setelah menamatkan tier terakhir sesuatu event. Contonya selepas sampai tier terakhir dalam tier 100, pemain boleh teruskan dalam 101 dan seterusnya, dengan setiap tier memberikan satu case yang mengandungi barang random.
Sekarang Reserve Cases boleh didapati melalui pembelian Reserve Crate supply drop, dengan harga USD$1.99 per crate. Satu crate ada 3 random case. Ataupun pemain boleh dapatkan individual cases dalam grinding berasingan daripada Contraband stream.
Call of Duty telah menerima banyak input negatif daripada strategi diorang dalam loot box dan microtransaction, dan Black Ops 4 merupakan peluang mereka untuk mengubah semua ni.
Kalau main berjam-jam dapat case yang ada 1 random item je, sistem ni sememangnya kena fix.
@gamersantaimy
Discussion about this post