Dengan lebih kurang sebulan lagi sebelum permulaan M5 World Championship, MOONTON Games bakal menawarkan beberapa hadiah unik, dan aktiviti in-game bertemakan M5 sepanjang peringkat Wild Card pertama terutama skin khas untuk Yu Zhong!
Berlangsung di Jio Space Malaysia, penyertaan adalah percuma untuk semua pengunjung yang ingin pasukan manakah yang layan mendapat dua posisi terakhir dalam M5 World Championship Group Stage di Manila.
Skin eksklusif Yu Zhong “Dragon Shade” & “Cosmic Dragon”!

Untuk memperingati kejohanan M Series, pemain boleh membeli M5 Pass untuk memperoleh skin Yu Zhong bertema M5 l eksklusif. Dihiasi dengan warna merah dan emas agung, Yu Zhong beraksi dengan penampilan hebat untuk menakluk semua musuh! Bukan itu sahaja; pemain yang mencapai Lvl. 75 apabila membeli M5 Pass, boleh mendapatkan Prime Skin “Cosmic Dragon”, yang mengambil penampilan keemasan M Series.

Pemain boleh mengambil bahagian dalam misi dan cabaran harian M5 Pass semasa M5 World Championship untuk mendapatkan exp Battle Pass. Semakin tinggi level, semakin banyak ganjaran yang akan diperolehi. Ganjaran M5 Pass termasuk:
- M5 Yu Zhong Prime Skin
- M5 Battle Effects
- M5 Avatar Border
- M5 Trail Effect
- M5 Graffiti
- M5 Exclusive Emotes
- Yu Zhong Sacred Statue
- M5 Battle Effect
Pemain yang telah mencapai level maksimum M5 Pass iaitu (Lvl. 150) boleh memperoleh figura M5 eksklusif Yu Zhong!

Bermula 20 November hingga 31 Disember, pengguna boleh memilih daripada M5 Pass standard, yang bernilai 399 diamond, atau M5 Pass Plus, yang memberi lebih banyak ganjaran bonus, seperti menebus skin Epic “Dragon Shade” Yu Zhong dengan segera, bonus exp untuk M5 Pass pengalaman, Trail Effect eksklusif, M5 Coin tambahan dan banyak lagi. Pass ini bernilai 699 diamond.

Lawan dari malam hingga pagi dalam Battle Night!

Kempen Battle Night kembali dan akan berlangsung dari 30 – 31 Disember selama dua hari! Selesaikan misi yang diperlukan untuk membuka Battle Night Skin Chest, yang termasuk skin Epic, skin Prime dan skin permanen lain.
Dapatkan segala liputan kami tentang M5 World Championship di SINI!

@gamersantaimy
Discussion about this post