Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan Akhirnya Tamat Selepas 10 Tahun Siri Anime Ditayangkan!

Maira by Maira
November 6, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Attack on Titan Akhirnya Tamat Selepas 10 Tahun Siri Anime Ditayangkan!

©諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

10 tahun telah berlalu sejak tayangan pertama Attack on Titan. Kami masih teringat lagi betapa ramai betul peminat siri itu sehingga lagu Linked Horizon dimainkan di mana-mana. Pada hujung minggu yang lalu, siri anime hebat ini akhirnya menayangkan episod akhirnya yang sudah pastinya memberikan pelbagai perasaan kepada peminat. Jom kita lihat serba sedikit tentang perkara penting yang berlaku dalam penamat siri, memandangkan ada beberapa tambahan yang diberikan padanya.

Dengan Rumbling yang dimulakan oleh Eren, sekarang, Armin, Mikasa, Levi dan ahli Survey Corps yang lain cuba untuk menghentikan rancangan Eren tersebut. Selepas berbincang, Armin membuat keputusan untuk mengebom keseluruhan badan Founding Titan tetapi rancangan itu telah diganggu oleh Ymir. Bukan mudah untuk mereka terlepas daripada serangan daripadanya.

©諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Armin yang telah dimakan oleh Ymir mendapati dirinya berada di Path, di mana dia bertemu dengan Zeke. Mereka mula berbual dan Zeke menceritakan tentang sejarah Eldian dan bagaimana “Origin of Life” yang akhirnya mewujudkan Titan dalam dunia mereka. Zeke akhirnya memahami tentang kemanusiaan dan betapa pentingnya untuk kekal hidup. Dia bersetuju untuk membantu Armin untuk menghentikan Eren. Dengan bantuan daripada Eldian di Path, mereka akhirnya kembali. Zeke telah memanggil Levi untuk menarik perhatiannya, dan Levi tanpa membuang masa membunuh Zeke lalu serta merta Rumbling berhenti.

©諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Dalam bahagian terakhir, kita melihat Eren dan Armin berbual untuk kali terakhir tentang segala perkara yang dilakukannya supaya tiada sesiapa yang akan menyerang Paradis lagi. Di sini jugalah kita didedahkan dengan rancangan Ymir yang memilih Mikasa sebagai kunci untuk membebaskannya daripada King Fritz. Eren juga mengaku bahawa dia telah membunuh 80% daripada keseluruhan populasi dunia, memberitahu bahawa dia mengetahui segala yang dirancang, tetapi semuanya dilakukan untuk menghapuskan kewujudan Titan daripada dunia tersebut serta membebaskan Eldian daripada sumpahan itu.

©諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Mikasa akhirnya melakukan tugasnya dan membunuh Eren yang serta merta menghilangkan segala kuasa Titan. Annie, Reiner dan yang lain nampaknya telah mendapat semula memori mereka dan menangis. Levi pula terkenangkan rakan seperjuangannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Maka bermulalah era baharu dunia, dengan keamanan yang dikecapi selepas tiga tahun berlakunya Rumbling. Paradis Island telah membentuk tentera dan menguatkan kuasa tentera mereka. Armin dan yang lain pula bersedia untuk ke perjumpaan dengan orang atasan dunia untuk menandatangani perjanjian damai.

©諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Mikasa pula berada di pokok di mana terletaknya kubur Eren. Satu lagi adegan ikonik berlaku, di mana seekor burung melilit skaf di lehernya. Selepas itu, kita melihat peredaran masa dunia itu dengan pelbagai perkara yang berlaku seperti kematian Mikasa dan kembali ke adegan seeorang budak lelaki yang menemui pokok tersebut. Kita juga melihat bagaimana konflik berulang dan manusia berperang antara satu sama lain, memusnahkan kawasan itu.

©諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Walaupun ia bukanlah penamat yang gembira, realitinya ia banyak mengajar kita pelbagai perkara dan betapa dekatnya ia berkait dengan kehidupan manusia sekarang. Adegan tambahan juga memberikan kesempurnaan kepada penceritaan, memberikan peminat sesuatu yang tiada dalam manga. Memang puas hati betul melihatnya.

Buat anda yang masih belum menonton bahagian Attack on Titan The Final Season Part 4, bolehlah singgah ke platform seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI.  Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Attack on TitanAttack on Titan The Final Season
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece: Bagaimana ‘Revolutionary Army’ Diasaskan? *SPOILER*

Next Post

M5 World Championship Tawar Skin Eksklusif Yu Zhong & Banyak Ganjaran Lain!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
M5 World Championship Tawar Skin Eksklusif Yu Zhong & Banyak Ganjaran Lain!

M5 World Championship Tawar Skin Eksklusif Yu Zhong & Banyak Ganjaran Lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd