Pemain Apex Legends selalunya ditinggalkan untuk mati setelah di-knock down dan hanya mampu merangkak dalam bulatan yang makin kecil. Rupanya ada cara yang lagi bagus bagi mereka untuk ke tempat yang lebih selamat sementera menunggu untuk di-revive. Moga-moga teknik ini boleh membantu lebih ramai pemain untuk mengelak daripada disingkir.
Dalam sebuah post Reddit, user ‘someuniquename’ memberi tip yang mengejutkan untuk para pemain yang di-knock down di King’s Canyon agar mereka boleh lepaskan diri ke lokasi yang lebih selamat. Apabila knock down, dengan menekan butang Sprint dan Jump serentak, pemain boleh melompat dengan agak tinggi. Jangan keliru pula dengan mantling. Ia dua mekanik yang berbeza.
“Anda boleh melompat ke mana saja! Ia bukan mantling. Memang ternyata melompat. Tekan butang sprint dan jump [apabila down] serentak untuk melompat!!”
Supaya lebih jelas, pemain tidak boleh menggunakan sprint atau jump apabila down, tetapi apabila digunakan pada masa yang sama, ia akan mencipta mekanik baru yang bantu memposisikan diri ke lokasi yang lebih bagus.
Jump when you’re downed to get to safer areas! from r/apexlegends
Dalam klip video yang sama, ‘someuniquename’ kelihatan sudah di-knock down di lokasi yang sangat terdedah, Selepas mengelilingi trak di dalam video, beliau menggunakan muslihat ini untuk melompat ke dalam trak tersebut. Selepas mendapat posisi yang lebih selesa, mereka berdua pun duduk di dalam trak tersebut untuk menjalankan revive mereka dengan selamat. Di post berbeza di Twitter, ‘someuniquename’ siap tunjuk bagaimana daripada tanah beliau melompat sehingga ke atas struktur menggunakan mekanik rahsia ini.
#PS4share pic.twitter.com/DskWwMJ6nF
— Letscookcrack (@Someuniquehanzo) April 29, 2019
Sumber – Dexerto
@gamersantaimy
Discussion about this post