Industri permainan PC bernilai kira-kira $33.4 billion (RM138 billion) pada tahun 2018, yang menyumbang sebanyak 25% daripada semua perbelanjaan permainan. Konsol pula menyumbang sedikit sebanyak pada 28%, manakala permainan untuk telefon mudah alih pula dianggarkan pada 47% iaitu $63.2 billion (RM261 billion). Tetapi jika laporan terbaru dari Jon Peddie Research betul, sehingga 20 juta pemain PC boleh berpindah ke konsol dalam jangka masa tiga tahun akan datang, yang kebanyakannya datang daripada market share yang rendah.

Dalam laporan tersebut, JPR menganggarkan bahawa 20 juta pemain PC boleh “ubah” ke platform permainan TV antara 2019 dan 2022. Kebanyakan mereka yang berubah dari PC ke platform permainan TV (konsol serta perkhidmatan penstriman yang sesuai dengan TV) adalah dari kalangan mereka yang mempunyai gaming PC low-end. Walau bagaimanapun, apabila terdapat penambahbaikan dalam paparan TV dan konsol semikonduktor serta permainan eksklusif untuk konsol, ia juga bermaksud beberapa pemain mid-range PC dan high-end boleh melompat ke dua-dua platform tersebut.

Terdapat kira-kira 1.22 bilion pemain PC di dunia, yang bermakna ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk permainan PC untuk “mati” dengan betul. Analisis JPR mengatakan bahawa ramai pemain ini akan mempunyai “akses” ke permainan TV, tetapi tidak semestinya mereka akan mendaftar dan terus meninggalkan permainan komputer mereka.

Namun, janganlah percaya bulat-bulat kerana ini hanyalah ramalan dari para penganalisis. contohnya Michael Pachter sendiri pernah berkata bahawa konsol akan “mati” menjelang 2020, walaupun Sony telah mengesahkan bahawa ia sedang membangunkan PS5, memusnahkan teori itu. Walaupun demikian, ianya adalah naif untuk fikir yang eksklusif games dan servis penstriman tidak memberikan sebarang impak kepada bagaimana pengguna membeli dan mengakses game. Apa-apa pun kita hanya perlu menunggu dan melihat masa depan apa yang tersedia untuk permainan PC dan servis-servis lain berkaitan gaming!
Sumber: Jon Peddie Research









Discussion about this post