Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Logo ‘Sementara’ Persona 6 Dibocorkan Ke Internet

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2024
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Logo ‘Sementara’ Persona 6 Dibocorkan Ke Internet
Share on FacebookShare on Twitter

Logo sementara untuk Persona 6, bakal game seterusnya dalam siri JRPG popular oleh Atlus (masih belum disahkan), nampaknya telah dibocorkan di internet. Logo itu dikongsi oleh みどり (Midori), yang memiliki reputasi sebagai pembocor maklumat dan orang dalam yang boleh dipercayai dalam komuniti gaming.

Berikut adalah logonya:

Seperti yang anda dapat lihat, logo itu menampilkan tajuk Persona 6 di sebalik latar belakang berwarna hijau. Huruf P dan nombor 6 pula saling berlingkung.

Kebocoran ini telah mencetuskan banyak perdebatan online mengenai simbolisme game akan datang, terutamanya skema warna, kerana ramai percaya bahawa warna hijau akan menjadi warna utama untuk Persona 6.

Kredit: ATLUS

Dalam game Persona, warna utama biasanya digunakan untuk mewakili tema emosi permainan. Sebagai contoh, Persona 5 menggunakan merah untuk menekankan kemarahan, rasuah dan pemberontakan, manakala Persona 4 menggunakan kuning untuk sentiasa optimistik walaupun menghadapi kesusahan.

Bukan itu sahaja, info ini juga menyokong spekulasi peminat. Berdasarkan karya seni untuk memperingati ulang tahun ke-25 francais Persona, sebuah baldi penuh dengan cat hijau boleh dilihat di bawah kiri di sisi barisan protagonis. Mengapa hijau? Adakah mereka menunggu ketibaan protagonis terbaru?

Kredit: ATLUS

Namun, info ini pun tidaklah 100% sahih. Logo yang dikongsikan mungkin sangat berbeza dengan logo dalam rancangan Atlus. Malah, Atlus sendiri pun tidak mengaku jika mereka sedang mengusahakan Persona 6 atau tidak. Sudah 8 tahun sejak Persona 5 dilancarkan, jadi saya faham mengapa peminat tidak sabar untuk entri seterusnya dalam siri JRPG kegemaran mereka.

Buat masa sekarang, Atlus sedang mengusahakan IP baharu iaitu Metaphor: ReFantazio, JRPG yang sama bergaya tetapi dengan latar belakang yang lebih bersifat fantasi.

Tags: AtlusPersona 6
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Black Ops 6 Diumum Secara Rasmi, Bersama Logo & Teaser

Next Post

Wuthering Waves Kini Tersedia Di Mobile & PC – Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Wuthering Waves Kini Tersedia Di Mobile & PC – Download Sekarang!

Wuthering Waves Kini Tersedia Di Mobile & PC - Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd