Diablo Immortal bakal tambah “content update” besar pertamanya iaitu Forgotten Nightmare pada minggu depan sekitar tarikh 27/28 September. Dalam update ini, dungeon baru akan ditambah, ciri Warband akan dirombak semula, game mode baru, bos Helliquary baru, Battle Pass baru, dan banyak lagi.
Berikut adalah isi-isi penting:
Dungeon baru, Silent Monastery, merupakan tempat yang gelap. Jika capai level 60+, anda boleh cuba dungeon ini secara kumpulan 2-4 orang dan mencari cara untuk menerangi beberapa patung bagi melemahkan iblis yang menyorok dalam bayang-bayangan.
Teruskan usaha membunuh iblis-iblis itu dan nyalakan lebih banyak patung untuk menghilangkan kegelapan dan menuju ke bahagian paling untuk menghadapi bos “Ancient Nightmare”. Jika berjaya mengatasinya, harapkan ganjaran hebat yang setimpal dengan usaha anda.
Blizzard juga telah membuat beberapa rombakan pada ciri Warband. Castle Cyrangar, terletak di pinggir Westmarch, ialah markas baharu Warband anda dan menggantikan Warband Camp. Ia juga datang dengan dua game mode yang boleh dimainkan semula, dengan bonus pasif yang boleh ditingkatkan semasa menguatkan markas.
Berdasarkan maklum balas pemain, mereka ingin ciri ini lebih menarik dan memuaskan untuk bermain. Oleh itu, Blizzard memperkenalkan mekanik baru yang memerlukan pemain membunuh raksasa dengan Warband bagi menubuhkan kem.
Pada masa yang sama, mereka juga mengurangkan jumlah yang diperlukan untuk Warband Helliquary Raid. Dulu pemain perlu membawa 8 pemain dari Warband, sekarang kita boleh bawa sesiapa sahaja yang ada lalu sistem akan mengisi ruang kosong dengan pemain lain. Di sini, anda masih akan mendapat ganjaran Warband untuk ahli walaupun tidak bermain sebagai pasukan lapan orang.
Season 5 juga akan bermula pada 28 September di mana “Battle Pass Scions of the Storm” akan dibuka, yang mempunyai 40 peringkat cabaran dan ganjaran.
Di samping itu, pemain boleh mencabar bos Helliquary Raid baharu: Izilech the Misshapen bagi mereka yang ada combat level setinggi 6175+ itu. Jika anda boleh mengalahkan iblis kejam ini yang menyerang kita memakai busur besar dan anak panah berapi-api, anda boleh dapatkan Wrathborne Crown.
Akhir sekali, terdapat beberapa event akan datang yang berlangsung sehingga Oktober, bersama beberapa bug fix dalam update, dan tiga jenis Legendary Gem.
Di atas hanya ringkasan tentang update besar Diablo Immortal, anda boleh membaca update penuh melalui blogpost Blizzard di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post