Bagi mereka yang tidak tahu, shōnen atau shounen adalah genre anime atau manga yang ditujukan untuk budak lelaki muda atau remaja. Umur yang tepat untuk golongan ini boleh berubah, tetapi sasaran utama biasanya jatuh antara umur 12 hingga 18 tahun. Seperti yang dijangkakan, jalan cerita sentiasa penuh dengan aksi dan sangat-sangat menghiburkan.
Walaupun ada beberapa jalan cerita shōnen yang sangat unik, kebanyakannya mengikuti pendekatan yang bersifat metodikal dan biasanya datang dengan ciri-ciri yang sama. Sesetengah ciri-ciri ini sebenarnya sangat CRINGE, tetapi yang lain sentiasa menjadi gempak dan membuatkan peminat tidak sabar untuk lihat apa yang terjadi. Tidak ingin panjang cerita, mari kita lihat beberapa contoh ciri-ciri yang WAJIB ada di dalam setiap anime shonen.
Flashback Sedih
Jangan tersilap! Ciri ini boleh menjadi sedikit annoying jika berlaku pada saat-saat yang tidak sesuai. Walau bagaimanapun, flashback berfungsi sebagai sumber emosi yang sangat baik untuk mana-mana anime. Ia menyeimbangkan anime dengan sempurna kerana shōnen selalunya terdiri daripada aksi pertempuran yang banyak di dalam majoriti episod. Flashback yang sedih adalah cara yang paling berkesan untuk sebuah anime shonen berehat daripada segala aksi dan juga memperkenalkan backstory sebuah watak, lantas menjadikan anime (atau manga) tersebut lebih bermakna untuk peminat.
Adegan Latihan untuk Hero
Montaj latihan di dalam anime shonen memberi kita peluang untuk menonton hero kesayangan meningkatkan kekuatan dan kebolehan mereka. Selain itu, beberapa adegan yang lucu mungkin ditambah ke dalam montaj untuk menjadikan adegan keseluruhan lebih menghiburkan. Pada masa yang sama, montaj latihan juga berfungsi sebagai time skip di mana latihan boleh berlangsung selama beberapa hari, minggu, atau bulan. Ia juga sangat masuk akal dari segi plot kerana anda tidak boleh menjadikan sebuah watak lemah menjadi kuat secara tiba-tiba.
Kejohanan yang menentukan Masa Depan Cerita
Banyak anime shōnen popular mempunyai sebuah kejohanan yang protagonis harus menang. Untuk bersikap adil kepada jalan cerita, kemenangan tidak selalu dijaminkan untuk watak utama kecuali jika ia sangat-sangat penting. Sebagai contoh, Deku tidak berjaya memenangi U.A. Sports Festival, tetapi kekalahan dalam kejohanan Dragon Ball Super bermakna penghapusan planet bumi. Kejohanan-kejohanan seperti ini menaikkan lagi saspens jalan cerita dan memberikan aksi pertempuran luar biasa antara protagonis dan pihak lawan yang hebat.
Protagonis yang Lurus Bendul
Ciri shōnen ini sebenarnya masuk akal apabila kita diingatkan bahawa sasaran demografi adalah golongan remaja muda. Protagonis yang bersikap seperti ini mudah difahamkan oleh penonton dan sentiasa berfikir tentang keadilan. Itukah sikap yang harus ada pada seorang hero kan? Anda boleh melihat mereka berkembang dan menjadi lebih matang sepanjang kisah siri. Hero seperti ini pasti akan membuat keputusan yang bodoh dan kadang-kala merosakkan rancangan orang lain, tetapi niat mereka sentiasa murni dan tidak pernah gagal membuatkan peminat ketawa.
Kehebatan Persahabatan
Agak mengejutkan apabila kita berfikir bagaimana kuasa persahabatan lebih penting dari kekuatan fizikal. Kami tahu kerjasama adalah segala-galanya, tetapi melihat protagonis mengalahkan penjahat dengan bantuan persahabatan adalah sesuatu yang sangat memuaskan hati. Ciri shōnen ini membuka jalan untuk para penonton belajar nilai murni yang berharga.
@gamersantaimy
Discussion about this post