Seperti yang anda semua tahu, pagi tadi kami telah pun pergi ke sesi pelancaran untuk LEVEL UP BIZ KL 2019 di CECC Bangsar South dan akan berlansung sehingga esok 8 November 2019. Kemudian akan disambung kepada Level Up Play KL 2019 yang akan berlansung di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC 9 dan 10 November ini. Disini, kami tidak melepaskan peluang untuk menemuramah salah seorang jemputan utama LEVEL UP BIZ kali ini iaitu Mr. Swen Vincke, Pengasas dan Pengarah Permainan dari Larian Studios yang mencipta permainan seperti Baldur’s Gate dan Divinity.
Dalam temuramah ini beliau telah mengongsikan serba sedikit mengenai permainanya yang telah diumumkan sebentar tadi di sesi persidangan beliau iaitu Baldur’s Gate III! Treler permainan tersebut turut telah dikongsikan ketika di E3 2019 Jun lalu. Anda boleh lihat semula disini;
Vincke menyatakan bahawa permainan ini masih merupakan permainan RPG dan ianya berasa seperti anda bermain Dungeons and Dragons dalam versi berkomputer. Ia akan mempunyai jalan cerita yang sangat interaktif dan ianya dapat dimainkan di multiplayer dan akan mempunyai jalan cerita yang baru.
Terdapat banyak soalan kami yang Vincke terpaksa menapis dan tidak dapat mengongsikan apa-apa yang spesifik kerana permainan Baldur’s Gate III ini masih dalam penbanggunan. Tetapi kerana tidak mahu peminat yang ingin tahu kecewa, dia mengongsikan bahawa permainan ini akan menjadi besar. Permainan ini belum mempunyai tarikh pelepasan tetapi seperti yang disebut sebelumnya, mereka kini merancang akan membawa permainanini ke 2 platform iaitu PC dan Stadia.
Swen Vincke mempunyai banyak pengalaman dalam industri pembangunan permainan, sehingga kami bercakap mengenainya dengan cara yang berbeza untuk mencari kebijaksanaannya dalam melakukannya untuk sekian lama.
Swen Vincke telah melakukan yang terbaik dalam menjanjikan tajuk-tajuk seperti francais Divinity yang sentiasa laris sejak dari tajuk pertama. Beliau menyatakan bahawa industri pembangunan permainan bukanlah pekerjaan mudah dan ia memerlukan banyak usaha dan pengalaman dari pelbagai aspek terutama mewujudkan dunia dalam permainan. Reka bentuk permainan merupakan utama dalam pengajian beliau dan dia memahami sepenuhnya kesukaran dalam membuat sesuatu untuk jurusan tersebut melalui perkongsian Vincke.
Vincke meyakinkan kami bahawa bahagian yang paling sukar sebenarnya bukanlah itu, sebaliknya ia tentang menjaga setiap butiran yang dirancang dalam pemikiran yang menjadikanya lebih mencabar kerana terdapat begitu banyak pekara yang boleh dilakukan. Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan bahawa kita perlu kreatif dan membayangkan setiap trajektori tunggal yang merangkumi cerita dan logik. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi yang dikagumi dalam proses. Vincke menyukai cabaran yang dimainkan oleh perkembangan permainan untuknya, juga dia menyatakan saat paling memuaskan dan rasa tercapai impian ketika peminat seronok memainkan permainan dan akan kecewa jika pemain tidak menikmati permainan.
Okay tidak terhenti disitu, masih ingat dalam persidangan dan kami mengongsikan pengumuman dari Vincke bahawa Larian Studio nampaknya akan melebarkan sayap mereka dengan membuka studio di Asia Tenggara dan ianya merupakan di Malaysia!
Beliau memberi semangat kepada pemaju permainan di Malaysia dan menggalakkan mereka untuk menyertai Larian Studios dalam perjalanan mereka untuk membuat permainan RPG yang baik! Tetapi apa yang dia lihat dalam adegan Malaysia yang mempengaruhi dia untuk membuat langkah ini? Swen memberitahu kami bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu ditonjolkan,
- Malaysia telah menetapkan jalan lurus dari segi visi. Bahawa mereka akan berusaha keras untuk membuat pergerakan besar dalam pembangunan permainan.
- Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan lancar.
- Waktu di Malaysia juga mengikuti struktur kerja 24 jam kami yang unik di seluruh cawangan.
Semua ini sangat penting untuk rangka kerja Larian Studio. Selain itu, terdapat banyak peminat Malaysia yang menyokong perkembangan kami dari segi motivasi serta positif! Studio Malaysia yang akan datang ini juga akan menjadi sebahagian daripada pembangunan Baldur’s Gate III! Jadi kepada sesiapa yang berminat nak mencuba nasib dan menghantar CV anda kepada Larian Studio, bolehlah ke laman web rasmi Larian Studio.
Memang menarik dapat menemuramah orang kuat dalam bidang pembangunan permainan seperti Swen Vincke. Walaupun terasa gemuruh kerana dapat menemuramahnya, kami terpaksa mengundur diri kerana Vincke masih banyak jadual panel yang harus dilakukan. Terima kasih Mr. Swen Vincke dan Larian Studio kerana meluangkan sedikit masa bersama kami untuk sesi temuramah ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post