Pas bermusim PUBG Mobile musim ketujuh hampir berahir, pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang akan hadir di musim ke 8 yang akan datang ini! Seperti biasa, Mr GhostGaming dari siaran Youtube mendapat kebocoran gambar-gambar bagi musim-musim yang akan datang untuk PUBG Mobile. Dari mana dia dapat? Jangan tanya kami.
Seperti yang dapat dilihat untuk musim ke 8 ini akan bertemakan Lautan dan lanun, seiring dengan Royale Pass (RP) untuk musim terbaru ini akan hadir bersama kulit baru, emotes, skin senjata dan pelbagai hadiah lain seperti bingkai serta gambar display PUBG.
Jadi korang boleh lihat sendiri video pertama yang Mr. GhostGaming kongsikan;
Royale Mission Pass seperti biasa akan berharga 1,800 UC dan turut disediakan kenaikan sehingga 25 level bernilai 2,500 UC. Ia juga akan memberikan akses kepada Elite Missions, skin kulit senjata QBZ dan akan membuka ganjaran kunci level sehingga 100.
Nampaknya untuk kali ini, skin baju terbaru untuk RP juga nampak sangat menarik dan segak! Kulit ransel Urban Scavenger juga akan tersedia pada mereka yang membeli RP, ditambah pula dengan avatar Operasi Ketenteraan yang nampak eksklusif.
Bercakap menegenai skin senjata, skin berwarna biru akan tersedia untuk sejata DP28 dan skin bertemakan lautan disediakan untuk Scar-L yang dinamakan Scarlet Horror. Kemudian turut akan hadir senjata terbaru seperti yang tersedia di PUBG PC iaitu PP Bizon.
Pelbagai ganjaran turut akan hadir dengan RP terbaru ini, seperti banyak lagi pakaian lain yang ‘rare’, ‘Bronze amor shark bite, DP28 Delta Squad Set’ dan banyak lagi. Pemain akan mendapat dua akses emote terbaru yang bernama ‘Triumphant Victory’ dan ‘Spawn Island Line Dance’.
Jadi korang boleh lihat sendiri apa lagi dalam senarai kemaskini pas musim ke 8 ini kan. Termasuk Beg terbaru yang comel dengan tema binatang laut, pakaian bertemakan PMCO, skin Jeep UAZ, helmet Sotong kurita dan skin Swamp Horror SLR. Amacam korang dah ready nak upgrade RP korang dan purchase UC korang? Tak sabar kan, jom saksi video kebocoran yang terakhir ada untuk PUBG Mobile Musim ke 8 ini;
Sumber: Mr. GhostGaming
@gamersantaimy
Discussion about this post