Kami tahu mesti ramai peminat Digimon kat Malaysia ni kan, pulak menggamit kenangan bila pagi-pagi tunggu Digimon kat NTV7. Halahhhai! Kali ini Francais Digimon akan meraikan ulang tahun ke 20 tahun hadapan dengan cara yang agak besar!!
Bukan setakat permainan Digimon terbaru yang akan hadir seperti kami kongsikan di artikel lalu, tetapi sebuah filem terbaru yang mengumpul semula kru Digimon yang asal untuk kembali sempena satu pusingan terakhir dalam Pengembaraan Digimon ini. Filem yang diberi tajuk Digimon Adventure Last Evolution Kizuna akan mengisakan Taichi dan Agumon akan menjalankan pengembaraan terakhir dan korang boleh lihat sendiri di treler teaser yang agak beremosi ini;
Digimon Adventure Last Evolution Kizuna diumumkan akan ditayangkan di Jepun pada Februari 21 2020 serta Toei Animation turut mengongsikan poster filem pertama yang nyata kelihatan sangat beremosi. Korang boleh lihat sendiri poster ini;
Kita dapat melihat didalam poster ini Taichi dan Agumon berjalan dalam perjalanan bersama slogan di poster yang bermaksud “Kami akan sentiasa bersama” dan ” Kami berjalan bersama Digimon, terus ke kanak-kanak yang terpilih”. Kalau korang peminat fanatik tahu “kanak-kanak terpilih” adalah tagline yang asal pada kehadiran Digimon.
Suara asal dr pelakon suara watak-watak Filem Digimon Adventure yang lalu turut akan hadir bersama dalam filem terbaru ini antaranya atsuki Hanae sebagai Taichi Yagami, Yoshimasa Hosoya sebagai Yamato Ishida, Suzuko Mimori sebagai Sora Takenouchi, Mutsumi Tamura sebagai Kōshiro Izumi, Hitomi Yoshida sebagai Mimi Tachikawa, Junya Ikeda sebagai Jo Kido, Junya Enoki sebagai Takeru Takaishi, M.A.O sebagai Hikari Yagami, Chika Sakamoto sebagai Agumon, Mayumi Yamaguchi sebagai Gabumon, Atori Shigematsu sebagai Piyomon, Takahiro Sakurai sebagai Tentomon, Kinoko Yamada sebagai Palmon, Junko Takeuchi sebagai Gomamon, Miwa Matsumoto sebagai Patamon dan Yuka Tokumitsu sebagai Tailmon.
Arrr tak sabar rasanya nak tengok, tapi versi bahasa Inggeris atau kehadiran tayangan filem ini di negara lain nampaknya masih tidak kedengaran. Harap adalah nanti kan!
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post