Eiichiro Oda melalui manga One Piece mendedahkan kuasa Devil fruit baru Eustass Kid dan Trafalgar Law yang baru dibangkitkan dengan proses Awakened dalam bab terbaharu siri ini! Peperangan di Wano nampaknya telah berada di ambang yang terakhir dan dilihat semakin hangat. Luffy telah bangkit untuk melawan Kaido setelah tewas pada pertama kali di atas bumbung Skull Dome manakala Law dan Kid sedang sibuk untuk menentang Big Mom.
Kali terakhir kita melihat Kid beraksi, dia telah menderita akibat helah yang dilakukan oleh Hawkins tetapi Killer berjaya membebaskannya daripada teknik Straw Doll Hawkins dengan menewaskannya. Dalam bab 1030, kita dapat meninjau semula pertarungan antara Kid, Law dan Big Mom dan dilihat mereka menghadapi masalah yang sama seperti sebelum ini. Big Mom telah mengatasi kedua-dua mereka dengan kekuatannya, tetapi mereka berdua telah menyusun rancangan baru antara satu sama lain. Kid dan Law yang menggunakan Devil fruit jenis Paramecia, masing-masing memutuskan untuk bekerjasama sebagai usaha terakhir untuk menewaskan Big Mom.
Law telah menggunakan keupayaan baharu yang boleh menghantar gelombang kejutan ke objek lain dikenali sebagai “Kroom”, yang berbeza daripada “Room” di mana kuasa ini hanya memisahkan dan menukar objek. Dengan mengggunakan “Kroom,” Law menyalut pedangnya dengan Anestesia, dan ia menembusi terus ke dada Big Mom.
Kuasa Kid juga tidak kurang hebatnya. Ia menggunakan tarikan magnetik dan membolehkannya memberikannya kepada objek lain. Dia memindahkan pusat magnetik pada Big Mom, dan semua senjata mula menarik kepadanya. Kemudian, Kid telah melancarkan “Punk Clash” yang jauh lebih kuat untuk memisahkan keluli daripada bangunan di sekeliling Big Mom dan melancarkan terhadap Big mom .
Ia menunjukkan bahawa ahli Worst Generation yang lain saling bersaing dan sedang berkembang sama seperti Luffy. Kid dan Law telah mencapai Awakened manakala Luffy masih belum menggunakanya. Memang tak sabar untuk tunggu update terbaru dari manga One Piece ini untuk mengetahui apa yang akan terjadi kepada Big mom.
@gamersantaimy
Discussion about this post