PUBG telah mempopularkan genre game Battle Royale, lepas tu bersepah game Battle Royale kat market, korang namakan je. Ini jugak telah mencetuskan Mavericks: Proving Grounds. Pembikin game ni mengharapkan kelebihan teknikal diorang akan membezakan diorang dengan yang lain – main serentak 1000 orang dalam dunia yang detail gila, photorealistic dan player-driven story.
CEO Automaton; James Thompson cakap fokus diorang adalah nak buat game ni lain dari yang lain. Study engine game tu saje dah beberapa tahun. So katanya diorang takde limitation yang game lain ada.
Ada sedutan game tu kat GDC2018, memang tunjuk FPS yang tinggi dan details permainan. Thompson menjanjikan lebih lagi bila diorang mula BETA tertutup Jun nanti.
Dunia Mavericks lebih padat, dengan lebih banyak interaksi. Game ni gak dikatakan lebih taktikal, tapi pada masa yang sama still menten senang nak main; berita baik kepada gamers yang jenis “aku nak tembak orang je”.
Thompson nak highlight yang game ni sangat besar, akin Battle Royale x Open World RPG. Ini matlamat diorang jangkamasa panjang.
Kalau korang nak tau, team belakang game Mavericks ni semua berpengalaman dalam MMO macam Warhammer Online, RuneScape, APB, Eve Online dan Dust 541. Jadinya diorang adalah input yang mantap dan pandangan yang luas.
Thompson gak cakap genre Battle Royale ni memang trend skang, dan lebih banyak lagi akan datang untuk genre ni. Katanya gak yang apa kat market skang adalah “best of last gen”. Wuuuuuuu..agak lansi di situ..kita tengok nanti game ni cane eh..
Di jadualkan untuk kua tahun ni, pihak Automaton akan umumkan maklumat pasal closed beta diorang dalam masa terdekat ni. Korang leh sign up kat sini untuk dapat updet first hand.
Kalau minat nak tengok apa diorang buat, korang leh follow channel YouTube diorang gak.
@gamersantaimy
Discussion about this post