Kepada makhluk-makhluk PUBG Mobile yang kena lag, untuk pengetahuan Tencent tengah cargas buat fix.
Tencent sekarang tengah gigih buat investigation pasal lag ni, dan pada masa yang sama diorang dah buat satu survey yang ditujukan khas kepada pemain PUBG Mobile so that diorang boleh buat data gathering untuk fahamkan the problem at hand. Semua engineers dan developers diorang dah dikerahkan ke dalam Lag Task Force Team untuk analisa maklumat survey ni sebelum fix dikeluarkan.
Menerusi PUBG Mobile Community Team kat Discord, diorang kata yang survey ni penting sebab setiap hari 30 juta orang main game ni dalam senario yang berbeza-beza macam kualiti network dan device yang digunakan. Dan definisi “lag” pun mungkin berbeza-beza jugak dikalangan pemain. Sebab tu depa buat survey ni.
Kalau korang nak join survey tu pegi sini, take note survey ni sampai Isnin ni je (7 Januari) dalam 10 malam waktu Malaysia.
Agaknya nanti adakah fix ni akan masuk sekali dalam PUBG Mobile 0.10.5 atau 0.11.0 punya update yang dikatakan ada Zombies Mode, senjata dan vehicle baru dan mungkin jugak dynamic weather untuk Miramar dan Erangel.
Buat masa ni sebarang info untuk Zombies Mode memang kureng, tapi masa PUBG Mobile Global Finals Tencent dan Capcom announce diorang punya collaboration untuk Resident Evil 2. Hmmmmm…
@gamersantaimy
Discussion about this post