Pembangun S-GAME telah mengumumkan bahawa RPG aksi mereka, Phantom Blade Zero, akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 9 September 2026. Berita ini didedahkan semasa The Game Awards 2025 bersama-sama dengan trailer baharu yang mempamerkan dunia “Kungfupunk” serta sistem combat yang pantas.
Dalam game ini, pemain akan memegang watak Soul, seorang pembunuh upahan elit untuk sebuah organisasi yang dikenali sebagai “The Order.” Kisah bermula apabila Soul difitnah atas pembunuhan ketua organisasi tersebut dan dibiarkan hampir mati. Setelah dihidupkan semula oleh seorang penyembuh mistik, dia diberikan penawar sementara yang hanya akan bertahan selama 66 hari, memulakan satu perlumbaan terdesak melawan masa untuk membongkar konspirasi dan menuntut bela.

Game ini berlatarkan Phantom World, sebuah alam semesta unik yang menggabungkan seni bela diri tradisional Cina dengan elemen steampunk dan fantasi gelap, satu gaya yang digelar oleh pembangun sebagai “kungfupunk.” Estetik ini sangat diilhamkan oleh zaman kegemilangan filem aksi Hong Kong.

Phantom Blade Zero ialah sebuah RPG aksi third-person yang memfokuskan pada pengalaman combat sinematik untuk mod single-player, dengan beberapa kandungan multiplayer dirancang untuk endgame. Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, gameplay berpusat pada sistem combat pantas yang menekankan blocking, parrying, dan dodging. Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis senjata, melengkapkan dua senjata utama bersama dua “Phantom Edges” sampingan, seperti meriam atau lembing. Jalan cerita utama dijangka menyediakan sekitar 30 hingga 40 jam gameplay, dihidupkan dengan koreografi seni bela diri original yang dirakam melalui motion capture.









Discussion about this post