Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Global Arknights: Endfield Ditetapkan Pada 22 Januari 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG
0 0
0
Pelancaran Global Arknights: Endfield Ditetapkan Pada 22 Januari 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

GRYPHLINE dan pembangun Mountain Contour hari ini mengumumkan bahawa RPG 3D free-to-play mereka, Arknights: Endfield, akan dilancarkan di seluruh dunia pada 22 Januari 2026. Judul ini akan tersedia di PlayStation 5, PC, iOS dan Android.

Ujian teknikal khas untuk PlayStation 5 bermula hari ini, 12 Disember 2025, membolehkan para pembangun menggilap lagi pengalaman konsol sebelum pelancaran global.

Arknights: Endfield menandakan satu evolusi daripada game sebelumnya yang bergenre tower defense, dengan beralih kepada RPG 3D real-time dengan elemen strategi. Game ini berlatarkan planet asing berbahaya Talos-II. Para pemain akan mengambil peranan sebagai “Endministrator” Endfield Industries, yang ditugaskan untuk melindungi dan mengembangkan tamadun di dunia yang sebahagian besarnya masih liar.

Naratifnya berlaku 152 tahun selepas para perintis dari Terra, latar tempat Arknights yang asal, terkandas di Talos-II berikutan kemusnahan portal dimensi. Babak baharu ini mewarisi dunia Arknights tetapi memperkenalkan jalan cerita, watak dan puak yang unik. Para pemain akan mengetuai sepasukan “operator” untuk meneroka kawasan liar yang luas, membongkar rahsia runtuhan terbiar, dan berdepan dengan ancaman seperti makhluk “Aggeloi” dan “Corruption”.

Gameplay dalam Arknights: Endfield adalah gabungan combat berorientasikan aksi dan pengurusan strategik. Pemain akan mengawal sebuah party yang terdiri daripada empat operator secara serentak, bertukar antara mereka untuk melaksanakan kombinasi skil dan gerakan taktikal dalam pertempuran masa nyata. Sistem combat dibina di atas asas gameplay party, di mana keempat-empat watak bertarung dengan musuh serentak.

Satu ciri yang menonjol ialah sistem base-building dan simulasi kilang. Para pemain perlu menuai sumber dari persekitaran, mewujudkan fasiliti produksi automatik menggunakan Automated Industry Complex (AIC), dan menguruskan infrastruktur pangkalan mereka untuk menghasilkan gear, barangan dan bahan-bahan penting yang lain.

Pra-pendaftaran untuk Arknights: Endfield kini dibuka di laman web rasmi untuk semua platform.

Tags: Arknights: Endfield
ShareTweetSend
Previous Post

Tomb Raider: Legacy of Atlantis – Remake Kepada Game Pertama Lara Croft Dari Tahun 1996

Next Post

Kungfupunk ‘Phantom Blade Zero’ Akan Tiba Pada September 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kungfupunk ‘Phantom Blade Zero’ Akan Tiba Pada September 2026!

Kungfupunk 'Phantom Blade Zero' Akan Tiba Pada September 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd