Sony Interactive Entertainment dan pembangun Housemarque telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk game eksklusif PlayStation 5, Saros. Ia kini akan dilancarkan pada 30 April 2026, beralih daripada tarikh asalnya pada 20 Mac. Pengumuman itu dibuat semasa The Game Awards 2025, diiringi dengan trailer baharu yang menyelami naratif permainan dan mempamerkan gameplay terkini.
Saros mengisahkan sebuah koloni luar dunia yang hilang di planet asing Carcosa, dan sentiasa diselubungi oleh gerhana menakutkan. Pemain akan mengawal Arjun Devraj, seorang Soltari Enforcer dalam misi pencarian. Watak ini dihidupkan oleh pelakon Rahul Kohli.

Gameplay “bullet ballet” yang menjadi ciri khas studio ini turut kembali, menjanjikan combat hebat menentang flora dan fauna Carcosa yang ganas. Satu mekanik gameplay baharu yang didedahkan ialah kebolehan “Parry”, yang membolehkan pemain memantulkan semula projektil ke arah musuh dengan menekan butang R1 pada masa yang tepat. Pembangun juga mengusik tentang sistem “Come Back Stronger”, menunjukkan struktur roguelite dengan kemajuan yang lebih berterusan antara playthrough.

Dalam pengumuman, Housemarque menjelaskan bahawa penangguhan itu adalah untuk “memastikan Saros melebihi visi kami.” Pasukan itu berjanji untuk berkongsi lebih banyak maklumat pada tahun hadapan tentang bagaimana game ini memanfaatkan keupayaan perkakasan PlayStation 5, sistem “eclipse escalation”, dan gameplay tambahan.

Pra-tempah untuk Saros kini dibuka di PlayStation Store. Pemain yang membuat pra-tempah mana-mana edisi akan menerima “Hands of Shore Armor” untuk Arjun. Edisi Digital Deluxe juga tersedia, menawarkan akses awal selama 48 jam kepada permainan. Edisi ini merangkumi satu sut “PlayStation Studios celebration” untuk Arjun, dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh Returnal (sut ASTRA), God of War (Midgard Armor), dan set bertemakan Ghost of Yotei (Onryo Armor).









Discussion about this post